Tahun ini merupakan kali kedua saya diberikan kepercayaan membuat liputan di Kejuaraan MotoGP Malaysia, pengalaman yang cukup berharga menyaksikan penganjuran sukan permotaran di pentas tertinggi itu.
Apa yang menarik, dalam dua tahun ni sahaja kehadiran penyokong meningkat dari 160,000 ke lebih dari 180,000! Banyak tu!
20,000 bukanlah bilangan yang biasa-biasa, tetapi satu peningkatan bagi jumlah pengunjung ke perlumbaan peringkat dunia di tanah air adalah sesuatu yang tidak boleh dilepaskan kerana ia hanya tiba setahun sekali.
Sambutan begitu meriah, kehangatan cukup dirasa.
Di raut wajah setiap pengunjung, begitu teruja menantikan aksi menarik pelumba negara di laman sendiri.
Tetapi...
Sejujurnya, saya pun rasa sayu dan pilu, apatah lagi seorang peminat setia sukan permotoran tempatan.
Sudah tiba masa untuk pelumba-pelumba negara bangkit, untuk negara, untuk penyokong, paling penting, untuk diri sendiri.
Tidak dinafikan atlet juga manusia, tidak lari daripada masalah dalam kehidupan, tetapi perjuangan mengharumkan nama Malaysia juga satu tanggungjawab apabila bergelar "Pelumba Negara".
Jadi, harapan saya untuk pelumba-pelumba negara pada aksi akan datang: Masuk je litar, itulah dunia anda.
Syen Yeoh
Mon Nov 13 2023