Kurang daripada 24 jam, saingan Liga Malaysia 2019 akan disingkap tirainya secara rasmi pada Jumaat.
Walaupun sedikit janggal kerana perlawanan pembukaan bukan membabitkan aksi Piala Sumbangsih, bahang dua perlawanan pertama tetap dirasai.
Peminat bola sepak tanahair berdebar menanti sepak mula saingan musim ini setelah mereka dihidangkan pelbagai cerita menarik dalam dan luar padang membabitkan pasukan Liga Super mahu pun pasukan Liga Perdana.
Saya juga tidak sabar untuk menikmati kerancakan saingan 2019 dan antara yang saya nantikan ialah pemain yang akan membuat kebangkitan semula pada tahun ini.
Safiq Rahim
2018 mungkin musim paling buruk dalam karier bekas kapten Harimau Malaya ini kerana hampir separuh musim memanaskan bangku simpanan selepas cemerlang menunjangi JDT dengan pelbagai kejayaan dalam tempoh enam tahun.
Namun, penghijrahan Safiq ke Melaka musim ini tampak memberi sinar baru kepadanya apabila berpeluang untuk menjadi watak penting menerusi masa bermain sekaligus berupaya untuk kembali disegani dalam kancah bola sepak tempatan.
Badhri Radzi
Pemain yang mesra dipanggil Piya ini tidak beraksi hampir satu musim selepas disisihkan pasukan Kelantan sejak permulaan musim 2018. Ikon bola sepak Kelantan itu bagaimanapun mengubat kerinduan peminatnya tahun ini.
Jika semua berjalan lancar bersama pasukan barunya Perlis, kelibat Piya yang cukup dinantikan berpotensi untuk kembali menggegar persada bola sepak negara walaupun semakin dimamah usia.
Nurridzuan Abu Hassan
Selepas agak menyinar bersama Perak pada 2015 dan 2016, Nurri hilang dari radar pada tahun berikutnya iaitu ketika mewakili Pahang termasuk bersama PKNS FC gara-gara bergelut dengan kecederaan.
Namun, bekas bintang Harimau Muda ini tampak menawarkan harapan untuk dilihat kembali menyerlah apabila berjaya memikat Selangor musim ini apatah lagi kudratnya amat ditagih setelah Red Giants kehilangan Wan Zack Haikal ekoran kecederaan.
N. Thanabalan
Thanabalan cetus fenomena sewaktu bersama skuad bawah 22 tahun negara dalam beberapa tugasan antarabangsa, namun tenggelam bersama Negeri Sembilan kerana dihimpit kecederaan, tapi kini Thana seakan kembali berada di prestasi sebenar bersama Kedah bagi musim 2019.
Azamuddin Akil
Azamuddin atau Alex boleh dikatakan hilang dalam peta bola sepak Malaysia selepas keluar daripada JDT susulan dihantui kecederaan bersama Selangor musim lalu. Menjadi hijau kuning musim ini, Alex juga dilihat bakal kembali digeruni jika bebas daripada kecederaan sekali pun sudah berusia.
Mungkin, lima pemain yang pernah mencipta nama dalam bola sepak tempatan ini bakal kembali mencuri tumpuan kita setelah dirudum dengan prestasi buruk sebelum ini dan saya percaya mungkin ada beberapa pemain lain juga bakal kembali menyinar.
Jadi, jika ini lima pilihan saya, bagaimana pula lima pilihan anda?