Skip to main content

Rencana

Kemboja mewangi

kemboja-kejohanan-aff-b-22.jpg
Waktu buat liputan kejohanan AFF Bawah 22 Tahun 2019 di Phnom Penh tempoh hari, terbit rasa kagum kepada skuad Kemboja.

Ini di sebalik mereka menewaskan Malaysia dalam aksi pembuka tirai untuk layak sehingga ke Separuh Akhir.

Pada pandangan saya, Kemboja memiliki keunikan apabila pengendali pasukan senior, Felix Dalmas, juga mengetuai cabaran skuad bawah 23 tahun.

Jadi, falsafah yang dibentuk sejak Piala Suzuki AFF 2018 berterusan sehingga hari ini sambil dibantu pengaruh pengurus mereka, Keisuke Honda, dalam setiap peringkat skuad kebangsaan.

Meskipun tewas dalam aksi separuh akhir kepada Thailand dan kemudian Vietnam dalam penentuan tempat ketiga, Kemboja tetap berlapang dada dengan kemahuan untuk terus memperincikan identiti bola sepak mereka.

Saya percaya mereka akan memainkan peranan sebagai kuda hitam dalam saingan Sukan SEA Filipina 2019.

Eksport mereka yang beraksi dalam Liga Super Malaysia, Chan Vathanaka, yang menyarung jersi PKNS dan Thierry Chantha Bin bersama Terengganu membuktikan mereka memiliki kualiti tersendiri.

Seperti bunga kemboja yang mewangi waktu mekar, kematangan generasi baru bola sepak Pahlawan Angkor ini berupaya menjadikan mereka seteru kepada jaguh tradisi Asia Tenggara.

Advertisement

Must Watch Video