Siri kecederaan yang menimpa ahli sukan bukanlah sesuatu yang baru, boleh dikatakan ia adalah sesuatu yang biasa menghiasi sisipan berita sukan mengenai status kesihatan fizikal atlet.
Namun yang menjadi perhatian jika seseorang itu cedera,boleh dikatakan tahap kecederaan yang serius, mampu pulih dan berikan prestasi terbaik seperti sediakala, menakjubkan bukan?
Berbalik kepada tajuk artikel, 31 Ogos lalu, Rossi cedera ketika sesi latihan di Litar Misano, Itali, Dia patah tulang fibia dan tibia kaki kanannya, dan terus dibawa ke Ospedale Civile di Hospital Urbino untuk rawatan susulan dan menjalani pembedahan.
Pihak Yamaha sendiri ketika itu sudah seperti pasrah bakal kehilangan juara dunia sembilan kali untuk baki saingan Kejohanan Moto GP Dunia yang masih mempunyai enam pusingan (termasuk GP Aragon).
Pengganti Rossi sudah pun dinamakan oleh pihak Yamaha, iaitu pelumba Superbike, Michael Van Der Mark, pelumba dari Belanda yang langsung tidak pernah membuat sebarang penampilan dalam saingan Moto GP.
Daripada sudut perubatan , kecederaan fibia dan tibia biasanya mengambil masa enam hingga lapan minggu untuk seseorang benar-benar pulih. Namun yang ajaibnya, Rossi hanya perlukan 17 hari sahaja untuk kembali menunggang jentera R1 di Litar Misano.
Tiada rezeki beraksi di laman sendiri ketika GP Misano berlangsung, Rossi kembali ke Aragon, dan kecederaan langsung tidak menghalangnya untuk menamatkan saingan kelayakan di tempat ketiga keseluruhan, di belakang Maverick Vinales dan Jorge Lorenzo.
Sudah pasti ramai mengharapkan Rossi menaiki podium untuk perlumbaan kali ini, namun ini bukan cerita fantasi, dia menamatkan perlumbaan di tangga kelima. Juara milik pelumba muda dari Honda, Marc Marquez, diikuti Dani Pedrosa dan ketiga Jorge Lorenzo.
Sungguhpun begitu, pengajaran yang kita dapat lihat adalah mengenai keazaman seseorang yang tidak mudah mengalah meskipun alami kecederaan, bukan calang-calang orang mampu lakukannya, dan harus kita akui orang awam seperti kebanyakan kita, demam sikit pun sudah berkira-kira untuk meminta sijil cuti sakit bukan?