Pingat emas Sukan Para ASEAN di Kuala Lumpur 2017 paling bermakna untuk Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20.
Ini kali ke-4 berturut-turut Ziyad mencatat kilauan emas selepas 2011 di Indonesia, 2013 di Myanmar dan dua tahun selepas itu di Singapura, Ziyad merupakan pelontar pilihan di edisi ke-9 ini.
Walaupun lontaran 16.81 meter tidaklah sehebat lontaran pingat gangsa dalam Sukan SEA pada bulan lalu, ia sudah cukup mendahului rakan senegara, Mohamad Aliff Mohamad Awi, yang terpaksa akur dengan pingat perak.
Bagi atlet 27 tahun kelahiran Selangor ini, pengalaman lalu menjadi penjual kueh teow di Jalan Tunku Abdul Rahman mengajarnya untuk bersyukur dengan kejayaan kini yang dikecapi sebagai atlet dan akan terus berusaha tanpa bersikap bongkak.
Detik istimewa dan luar biasanya sudah pasti memenangi pingat emas Sukan Paralimpik 2016 Rio, namun emas di hadapan keluarga, rakan-rakan dan peminat sendiri akan diingati Ziyad selama-lamanya.
Tampak tenang dalam setiap balingan menunjukkan betapa yakin dan matangnya Ziyad dalam menghadapi tekanan dan dia berterima kasih kepada pendedahan bertanding di peringkat antarabangsa seperti kejohanan di luar negara, Kejohanan Dunia dan Paralimpik.
Sikap kompetitif Ziyad memberi kelebihan selepas tidak berpuas hati dengan balingan 17.12 meternya dalam Sukan SEA, dia pastikan emas dalam genggaman untuk Sukan Para ASEAN.
Semuanya telah ditakluki oleh Ziyad dalam acara lontar peluru F20, daripada menjadi atlet para pertama negara bersama Abdul Latif Romly beraksi dalam Sukan SEA kepada pemegang rekod dunia serta menjulang Kejohanan Dunia termasuk pemenang pingat emas Paralimpik, tetapi pingat emas Sukan Para ASEAN di hadapan isteri dan anak perempuan tersayang paling manis.