Legenda dan bekas ketua pasukan Argentina, Diego Simeone, yang pernah dikaitkan untuk membimbing pasukan-pasukan besar di Eropah akhirnya memeterai kontrak lanjutan bersama Atletico Madrid sehingga 2020.
Pengendali berusia 47 tahun yang berasal dari Buenos Aires itu mempunyai sejarah yang cukup gemilang bersama Atletico Madrid.
Sejak mengendali Atletico Madrid dari 2011 hingga kini, Simeone berjaya mengubah persepsi peminat bola sepak terhadap Atletico Madrid. Dari sebuah kelab sederhana yang tidak mempunyai banyak bintang, Atletico Madrid kini muncul antara pencabar utama sama ada dalam saingan liga domestik mahu pun liga juara-juara Eropah.
Simeone berjaya membawa Los Rojiblancos menamatkan penantian 18 tahun untuk muncul juara La Liga pada 2013/14 selain merangkul lima trofi secara keseluruhan. Paling diingati tentunya dua aksi di pentas final liga juara-juara Eropah biarpun tewas kedua-dua final di tangan lawan yang sama.
Secara peribadi, Dayang melihat Atletico Madrid adalah sebuah kelab yang mempunyai pembangunan akar umbi yang amat bagus. Lihat sahaja senarai pemain yang digilap bakatnya sehingga menjadi rebutan kelab-kelab utama dunia. Ini menjadi faktor mengapa Atletico Madrid tidak pernah ketandusan dalam mencari pengganti di setiap kekosongan yang di tinggalkan.
Sebagai contoh, di posisi penyerang, dari Diego Forlan, Fernando Torres, David Villa, Radamel Falcao, Diego Costa hingga kini Antoine Griezmann, ada sahaja pengganti yang setaraf andai pemain utama berhijrah ke pasukan lain.
Itu belum dikira pemain di posisi lain seperti David De Gea, Tirboit Cortouis dan Arda Turan yang pernah menjadi tunjang pasukan, namun pemergian mereka sedikit pun tidak menjejaskan kualiti permainan sepasukan. Malah saban tahun Dayang lihat, pencapaian Atletico Madrid semakin meningkat.
Mungkin itulah punca utama mengapa Simeone masih mahu membimbing Atletico Madrid dan tidak mahu berhijrah ke kelab lain.
Selain pembangunan akar umbi yang bagus, Simeone pasti ada tugas yang mahu diselesaikan andainya berfikir mahu mengubah angin dengan pasukan baru.