Jika Hong Kong berbangga dengan bintang filem, Jackie Chan, Malaysia pula memiliki Jackie Wong - juara baling tukul besi.
Kedua-duanya hebat dalam bidang masing-masing namun Jackie Wong baru mengecap nikmat kegemilangan selaku juara Sukan Sea, permulaan langkah untuk pengembaraan yang lebih jauh.
“Dia antara idola saya. Sejak kecil lagi, saya banyak menonton filemnya.
“Kadang-kala saya berhasrat untuk menjadi sehebatnya tetapi sudah ditentukan, saya menyertai bidang sukan.
“Dugaan saya cukup sukar, saya terpaksa menunggu selama lapan tahun untuk mengecap nikmat pingat emas. Selama tempoh itu, saya hanya bergelar atlit ketiga terbaik Asia Tenggara, tapi saya tidak putus asa.
“Mujur, jurulatih Gu Yuan datang membantu sejak empat tahun lalu dan beliau jadi kunci utama saya berjaya pecah deretan rekod kebangsaan dan kali ini, rekod Sukan Sea,” katanya.
Jackie raih emas dengan 65.90m, satu balingan yang mengejutkan Stadium Nasional Bukit Jalil.
Saya sempat bertanya sebelum dia beraksi: “Caleb Stuart (juara bertahan) tidak beraksi. Bagaimana dengan peluang kali ini?
“Jika dia datang sekalipun, saya akan tetap menang emas,” katanya.
Dia benar-benar membuktikannya. Rekod yang dipecahkan itu milik Stuart dilakukan di Singapura, dua tahun lalu.
Saya sedikit emosi terhadap kejayaan Jackie kerana saya sentiasa memerhatikan ketekunannya berlatih.
Tahukah anda, dia berlatih hingga melepuh kulit tangan. Saya lihat banyak luka malah kukunya pernah tercabut kerana terkena kabel besi.
Malaysia sepatutnya berbangga memiliki atlit seperti Jackie.
Dia bukan Jackie Chan, tetapi Jackie Wong, pemegang rekod baling tukul besi Sukan Sea.