Setelah sekian lama tidak berada di puncak Liga Perdana Inggeris akhirnya apa yang diinginkan oleh semua penyokong Manchester United itu menjadi kenyataan apabila Man United berjaya menewaskan Burnley di Stadium Turf Moor pagi tadi. Dengan kedudukan tangga teratas Liga Perdana Inggeris itu sudah pasti akan meningkatkan motivasi dan keyakinan anak-anak buah Ole Gunnar Solskjaer untuk terus menggekalkan kedudukan teratas liga dan seterusnya memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini setelah sekian lama tidak mendakapnya semenjak musim 2012-2013.
Ia akan menjadikan persaingan dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris semakin hangat dikalangan pasukan-pasukan yang berada di tangga kedua hingga keenam, terutama pasukan Liverpool dan Manchester City. Ini kerana kedua-kedua pasukan ini mampu memberi tekanan kepada anak-anak buah Ole Gunnar Solskjaer. Tiada kekalahan dalam 12 perlawanan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris itu telah menunjukkan bahawa Man United sudah mula melupakan permasalahan yang mereka hadapi pada awal musim. Persefahaman dan kombinasi di antara pemain-pemain Man United sudah semakin meningkat terutama di bahagian pertahanan dan midfield.
Lihat sahaja bagaimana Paul Pogba, Nemanja Matic bergandingan di bahagian midfield pertahanan dengan baik bersama pemain-pemain pertahanan seperti Harry Maguire dan Eric Bailly. Kombinasi dua bahagian ini telah memberi keseimbangan baik ketika bertahan atau pun menyerang. Ini telah dibuktikan oleh pemain-pemain Man United sekali lagi pagi tadi. Dengan perkembangan terkini itu sudah pasti akan melegakan Ole Gunnar Solskjaer dan memudahkan beliau untuk memyusun strategi bagi menggekalkan momentum kemenangan Man United.
Selain itu juga, sekiranya Man United ingin terus berada di puncak, pemain-pemain mereka perlu menggekalkan keharmonian di dalam pasukan sebagaimana yang dilakukan oleh Sir Alex Ferguson semasa zaman kegemilangan Man United. Itulah kekuatan dan kejayaan Man United sehingga Man United berjaya merangkul semua gelaran dan ini baru dikatakan Man United.