Selepas 16 tahun, Malaysia sekali lagi menjadi tuan rumah untuk Sukan Sea ke-29 yang melibatkan 11 buah negara Asia Tenggara.
Obor sudah diarak, semboyan perjuangan sudah dibunyikan, beberapa acara telah pun berlangsung. Para atlit pastinya telah bersiap siaga untuk berjuang di 'rumah' sendiri.
Sukan bukannya perang. Tetap bersenjata, tapi kemenangannya terletak pada kekuatan mental dan fizikal atlit, penganjur, sukarelawan, petugas dan juga peminat sukan tanahair. Kesemuanya perlu bangkit bak harimau disentak dari tidur.
Temasya yang 'world class' ini secara tidak langsung mencerminkan budaya kita. Tak mustahil pak belang boleh kalahkan singa. Malaysia boleh! Tapi jangan asal boleh!
Sebagai jurukamera, setiap kali masuk ke venue pertandingan pastinya lensa mata rakam saya akan 'scan' persekitaran sebab senang nanti nak 'shoot target'.
Kagum saya melihat atlit-atlit Malaysia yang bekerja keras untuk hadiahkan pingat emas untuk negara. Begitu juga dengan 'abah', tanpa henti siang dan malam bekerja.
Masing-masing ada tugas sendiri. Semua pihak mahukan yang terbaik. Atlit buat yang terbaik. Kita dengan tanggungjawab yang dipikul juga perlu difahami bersama untuk mencari yang terbaik. Nak senang cerita, "encik buat kerja encik, saya buat kerja saya, #kitasamahero", yang penting Malaysia berjaya!
Bukan masanya untuk kita tidur lagi. Bangun, sokong Malaysia! Hari ini kita pasti menang! "Ini hari kita menang, esok kita merdeka!
Salam 111.