Skip to main content

Rencana

The Gunners terus dihantui penalti

101217arsenewenger.jpg
Permulaan tahun 2018 buat skuad The Gunners menyaksikan mereka dihantui insiden sepakan penalti dalam dua perlawanan berturut-turut yang sekaligus menafikan peluang mereka untuk meraih tiga mata berharga.

Bermula pada aksi berdepan West Bromwich Albion Isnin lalu, di mana pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada West Bromwich pada minit ke 89 permainan yang disempurnakan Jay Rodriguez untuk mengikat keputusan perlawanan menjadi 1-1.

Seterusnya, pada 4 Januari sewaktu pertemuan menentang Chelsea, Arsenal sekali lagi dihukum apabila Eden Hazard ‘dikasari’ oleh Hector Bellerin yang menyaksikan perlawanan berakhir dengan keputusan seri 2-2.

Dua keputusan penalti yang sepatutnya tidak penalti ternyata menguji kesabaran pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

Beliau sewaktu ditemubual ternyata berang dengan keputusan pengadil sehingga mengeluarkan kenyataan bahawa seolah-olah ada konspirasi yang berlaku selain menegaskan bahawa kualiti pengadilan di England tidak sesuai untuk kejohanan Piala Dunia nanti.

Dayang bukanlah peminat The Gunners, namun Dayang sedikit bersimpati dengan nasib yang menimpa Arsenal pada awal tahun baru 2018.

Sejarah-sejarah terdahulu juga menyaksikan bahawa pasukan Arsenal kerap menerima nasib malang pada aksi selepas krismas dan kali ini mereka dihantui dengan insiden penalti. 

Adakah insiden penalti akan terus menghantui Arsenal pada aksi berdepan Bournemouth nanti?

Diharapkan badi penalti yang melanda Alexis Sanchez dan rakan-rakan akan berakhir selain Peter Cech kembali ke prestasi sebenar kerana beliau langsung tidak pernah menyelamatkan sepakan penalti untuk saingan liga musim ini.

Advertisement

Must Watch Video