Manchester City – dengan kemenangan terbarunya 1-0 ke atas Chelsea di Stamford Bridge awal pagi tadi – terus bertakhta di singgahsana Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan jaringan.
The Citizens adalah pasukan Inggeris pertama yang memenangi tiga perlawanan berturut-turut dalam saingan tertinggi itu dengan lima atau lebih gol sejak Blackburn Rovers pada musim 1958-59.
City juga telah menjaringkan 21 gol Liga Perdana dan hanya dua pasukan lain -- Newcastle United pada 1994-95 dan Manchester United pada 2011-12 apabila masing-masing menjaringkan 22 gol – yang telah menjaringkan lebih dalam enam perlawanan pertama liga.
Bersandarkan fakta-fakta itulah, bekas pemain City, Shaun Wright-Phillips, menyimpulkan pengurus The Sky Blues, Pep Guardiola, telah membuktikan pengkritiknya silap apabila berupaya membina semula pasukan untuk bangkit daripada kehambaran menduduki tangga ketiga musim lalu.
Jurulatih berbangsa Sepanyol itu berdepan kecaman selepas gagal meraih sebarang trofi pada musim pertamanya, dengan ramai yang percaya dia tidak akan dapat mengelak daripada dipecat jika situasi yang sama berulang pada penghujung musim ini.
Namun, selepas menjaringkan 22 gol dalam tujuh perlawanan Liga Perdana dan menyerlahkan bola sepak mengagumkan dalam pendakian mereka ke puncak, Wright-Phillips percaya ia hanya menanti masa untuk City kembali unggul.
Bercakap dalam temubual eksklusif dengan 888sport, pemain itu menambah: “Bagi saya, dia telah membuktikan pengkritiknya tersilap. Dia kini mempunyai masa untuk membentuk pasukan yang dimahukannya dan mengadun mereka kepada stail permainan yang diingininya.
“Daripada keputusan-keputusan yang terhasil, anda boleh melihat dengan jelas apa yang sedang berlaku.”
Antara pemain yang menonjol sebagai bintang pada peringkat awal musim ialah Raheem Sterling, yang turut berdepan kritikan hebat gara-gara gagal mengulangi persembahan terbaik ketika bersama Liverpool.
Namun, selepas bergelut pada mulanya, Sterling sudah berupaya meraih tempat dalam kesebelasan Guardiola di samping tampil selaku salah seorang penjaring terbanyak liga dengan lima gol daripada lima kemunculannya setakat ini.
Mengenai Sterling, Wright-Phillips mengungkapkan: “Di bawah asuhan Pep, dia telah banyak meningkat. Jelas sekali ketika dia bersama Liverpool, mereka sebuah pasukan yang bermain secara lebih terus manakala City lebih banyak bermain bola.
“Dia telah dapat menserasikan diri dengan baik selepas kerap dikecam musim lalu dan adalah menarik untuk melihat dia bangkit dan menutup mulut pengkritik.
“Kadang-kala orang tidak faham bagaimana ia sukar daripada segi mental tetapi dia telah menjawab kepada mereka dengan cara yang betul – dengan melakukan percakapannya di atas padang. Kini dia menjadi tumpuan kerana semua perkara yang baik-baik.”
Sterling bukan satu-satunya pemain yang menyerlah di bawah pengawasan Guardiola, malah Kevin De Bruyne turut menyerlahkan antara bola sepak terbaiknya berikutan perpindahannya yang bernilai £55 juta (RM311 juta) daripada Wolfsburg pada 2015.
Sambil De Bruyne dianggap berkelas dunia, David Silva masih kekal selaku tenaga penggerak utama di Etihad.
“Dia (Silva) membuatkan ia mustahil untuk mengambil bola daripada kakinya dan dia melihat segala-galanya tiga umpanan ke hadapan.
“Ke mana saja saya pergi dan sesiapa saja yang saya temui bercakap mengenai betapa hebatnya dia. Malah, dia juga seorang yang sangat mesra di luar padang,” kata Wright-Phillips lagi.
Dengan falsafah bola sepak Guardiola semakin dihayati pemain dan kesebelasannya semakin serasi dengan stail permainan yang diterapkannya, ia harus khabar buruk buat pasukan-pasukan pesaing.