Chelsea kembali ke landasan kemenangan selepas mengatasi Huddersfield Town 5-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL). Gonzalo Higuain menjaringkan gol dalam penampilan sulung di Stamford Bridge sementara Eden Hazard turut meraih dua gol. Kemenangan itu meletakkan Chelsea di tangga keempat mengatasi Arsenal.
Aksi sulung Higuain bersama skuad bimbingan Maurizio Sarri itu yang berakhir dengan kekalahan 4-0 kepada Bournemouth, menghadirkan kebimbangan buat The Blues.
Permulaan yang hambar buat Higuain beraksi di England apabila gagal melepaskan percubaan tepat ke arah pintu gol lawan tetapi dua jaringannya ketika mengatasi Huddersfield memberikan keyakinan untuk memacu jentera serangan Chelsea.
Hazard pula seperti biasa mempamerkan aksi cemerlang, meledak dua jaringan sementara bertindak selaku pemain sayap menembusi benteng pertahanan lawan -- kembali ke posisi kegemarannya selepas bertindak selaku penyerang apabila Sarri mula hilang harap kepada Alvaro Morata dan Olivier Giroud.
Salah satu perkara positif yang dapat diambil menerusi kemenangan Chelsea adalah gandingan yang dihasilkan oleh Higuain-Hazard. Aksi yang kurang konsisten daripada Willian sementara ketumpulan penyerang, Morata, menyaksikan Hazard merupakan penyumbang utama kepada jaringan Chelsea.
Kehadiran penyerang terbaru, Higuain, yang dipinjam daripada Juventus menghadirkan sesuatu yang berbeza dalam corak serangan pasukan.
Kebolehannya mengawal bola menarik pertahanan lawan untuk membuka ruang dan Sarri mengakui gandingan dua tonggak utama itu bakal menjadi penting buat pasukan bagi menghabiskan musim ini.
"Saya berasakan mereka sangat sesuai digandingkan bersama. Saya yakin kedua-dua pemain mampu menjaringkan banyak gol untuk baki saingan musim ini," kata Sarri.
Walaupun hanya digandingkan dalam dua perlawanan, dua bintang itu mendominasi lawan -- dalam tempoh 60 minit waktu permainan, Hazard melakukan tujuh hantaran kepada Higuain -- lebih daripada hantaran yang dilakukan kepada Giroud atau Morata dalam mana-mana perlawanan musim ini.
Higuain pula membalas kepercayaan The Blues apabila melepaskan paling banyak percubaan tepat ke arah gol berbanding mana-mana pemain Chelsea dalam satu perlawanan musim ini.
Gerakan, hantaran dan larian yang dilakukan oleh gandingan itu telah berjaya membuat pertahanan lawan goyah. Mereka memanfaatkan kelebihan masing-masing bagi memperkuatkan jentera serangan Chelsea dalam memastikan kejayaan mampu diraih bagi musim 2018-19.