Skip to main content

Rencana

Fernandes bawa mentaliti juara

bruno.jpg
Arkitek baru The Red Devils, Bruno Fernandes yang baru sahaja menyertai United pada jendela perpindahan Januari lalu memberi peringatan bahawa sesiapa sahaja pemain baru yang menyarung jersi pasukan Manchester United harus mempunyai rasa mahukan kemenangan dalam setiap perlawanan.

Menyedari bahawa Manchester United adalah salah satu pasukan terbesar di dunia, Fernandes yang beraksi dengan sangat baik dalam 11 perlawanan tanpa sebarang kekalahan bersama United berazam mahu mengembalikan zaman kegemilangan United yang merudum selepas pengunduran individu penting, Sir Alex Ferguson.

Kepimpinan yang ditunjukkan Fernandes terutamanya di atas padang menyaksikan beliau begitu digemari penyokong United dan aksi cemerlangnya membolehkan beliau dinobatkan Pemain Terbaik Bulanan Liga Perdana Inggeris untuk bulan Februari. Malah ada penyokong yang sudah mula bersuara mahu pihak pengurusan menjual sahaja pemain tengah kontroversi, Paul Pogba agar bahagian tengah terus dijana oleh Fernandes tanpa sebarang gangguan selain boleh mendapatkan pemain yang lebih baik dengan dana yang diperolehi.

Pogba kini sedang berehat panjang akibat kecederaan, dan ketiadaan kelibatnya sejak awal musim lalu menyaksikan namanya semakin dilupakan. Tambahan pula Pogba sendiri lebih banyak terbabit dengan perselisihan faham diantara pihak pengurusan dan ejennya, Mino Raiola.

Fernandes sedar skuad The Red Devils masih sedang dibina oleh Ole Gunnar Solskjaer, ramai pemain muda dan perlukan masa dan pengalaman untuk menjadi yang terbaik. Beliau juga menegaskan bahawa akan ada pemain yang akan keluar-masuk disaat pasukan sedang dibina semula, tetapi beliau menggesa rakan-rakannya agar sentiasa dahagakan kemenangan dalam setiap perlawanan.

Biarpun baru berusia 25 tahun, kehadiran  Fernandes ternyata membawa tuah dan memberikan nafas baru yang melegakan pengendali OGS. Prestasi United sedikit tidak konsisten sebelum kemasukan Fernandes, sehingga OGS dan pemilik kelab berdepan tekanan yang amat hebat. Namun segalanya kembali lega selepas kemasukan Fernandes. Baru sahaja memasuki tiga bulan berkelana di Old Tafford, Fernandes sudah memiliki kenangan manis di fikiran peminat iaitu bantuan gol menarik  kepada Anthony Martial sewaktu berdepan Manchester City.
 

Advertisement

Must Watch Video