Berakhirnya spekulasi mengenai Philippe Coutinho yang telah menyempurnakan perpindahan ke Barcelona dengan nilai perpindahan bernilai GBP142 juta (RM770 juta), maka The Reds perlu berusaha mendapatkan pengganti bagi menghadapi baki saingan musim 2017-18.
Thomas Lemar (Monaco)
Liverpool mahu mendapatkan khidmat Lemar pada bulan Ogos, bagaimanapun gagal mencapai persetujuan bagi membawa bintang Monaco itu ke Anfield jendela perpindahan tersebut.
Selepas menjual beberapa bintang pada musim panas, juara Ligue 1 itu turut bakal kehilangan khidmat pemain berusia 22 tahun itu.
Pemain kebangsaan Perancis itu dilihat sebagai pengganti yang sangat sesuai. Mampu beraksi di bahagian sayap dean tengah serta mampu menghasilkan gol yang berkualiti.
Julian Draxler (PSG)
Merupakan antara pemain yang paling hangat di Eropah ketika bersama Wolfsburg, pemain kebangsaan Jerman itu dikehendaki oleh Liverpool Januari lalu untuk mempertingkatkan jentera serangan.
Draxler bagaimanapun memilih bersama gergasi Perancis dan telah dikaitkan mahu beralih kelab kerana persaingan dalam skuad PSG. Draxler juga hanya menyempurnakan tiga perlawanan bagi tempoh 90 minit musim ini.
Alexis Sanchez (Arsenal)
The Reds telah cuba menandatanganinya pada 2014, tetapi dirampas oleh Arsenal, membawa bintang Chile ini ke Anfield. Beraksi dalam pusingan kedua Liga Juara-Juara (UCL) musim ini mungkin boleh menarik minat bintang Chile itu berpindah.
Manuel Lanzini (West Ham)
Walaupun Wilfried Zaha dan Riyad Mahrez dilihat sebagai pemain terbaik di luar daripada kelompok enam pasukan terbaik di Liga Perdana Inggeris (EPL), Lanzini merupakan pemain yang paling mirip dengan kualiti yang dimiliki oleh Coutinho.
Memiliki kemahiran tinggi ketika mengawa bola, pemain kelahiran Argentina ini merupakan pemain terbaik West Ham sejak dua musim yang lalu.
Untuk membuktikan kebolehan sebenar, pemain berusia 24 tahun itu memerlukan perpindahan dan Liverpool merupakan destinasi yang terbaik.
Christian Pulisic (Borussia Dortmund)
Harapan Amerika Syarikat untuk menyinar pada masa akan datang. Pada usia 19 tahun, Pulisic merupakan antara prospek muda yang menyerlah di Eropah dan telah meledak sembilan gol buat skuad kebangsaan.
Klopp berminat mendapatkan khidmatnya tetapi Borussia Dortmund menegaskan Pulisic tidak akan dijual.
Nabil Fekir (Lyon)
Fekir telah berjaya menarik minat beberapa kelab gergasi ketika beraksi untuk Lyon, termasuk pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane.
Pemain berusia 24 tahun itu telah dikaitkan dengan penghijrahan keluar dari Perancis. Telah menjaringkan 13 gol dalam 16 perlawanan liga musim ini.
Pemain kebangsaan Perancis itu berjaya menyempurnakan dua hantaran utama dalam setiap perlawanan, melaksanakan empat larian dan mencipta peluang menjaringkan gol dengan purata 3.2 percubaan dalam setiap perlawanan.
Memiliki persamaan seperti Coutinho, Fekir juga antara pemain yang mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan bintang Brazil itu.
Sumber: mirror.co.uk