Seperti yang menjadi sasaran sedari awal, Malaysia selaku tuan rumah memenangi juara keseluruhan temasya dwi tahunan Sukan Sea edisi ke 29. Masih ingat emas pertama buat Malaysia menerusi acara chinlone linking di mana rata-rata rakyat Malaysia termasuk saya sendiri tidak tahu apa itu chinlone?
Tetapi dengan daya kreatif yang tinggi produksi Astro Arena, walaupun tidak mendapat 'feed' liputan secara langsung, kami bawakan untuk rakyat Malaysia menggunakan kemudahan yang ada berselangkan komentari Suzana Basri(wartawan bertugas ketika itu) yang boleh dikatakan 'bidan terjun'.
Momen!
Mahunya tidak? Saya dan rakan setugas, Dayang Zainatul, juga diminta mengulas tentang pergerakan chinlone tersebut walaupun itu pertama kali kami menyaksikan aksi Malaysia dalam acara Chinlone linking. Momen terpinga-pinga selama dua saat lenyap begitu sahaja apabila kami mula menyelami sukan tersebut dan terus 'go with the flow' kata orang putih.
Nak dijadikan kisah, pada keesokannya saya ke venue sepaktakraw/chinlone sendiri untuk mendapatkan momentum membuat liputan sepaktakraw. Disebabkan kemudahan parkir yang tidak begitu memudahkan, saya perlu berjalan lebih kurang 500 meter ke Stadium Tertutup Titiwangsa dari kawasan parkir awam.
Sambil berjalan seorang, saya ditegur seorang lelaki yang saya lihatkan perawakannya persis sukarelawan barangkali. Terus dia sempat berbual berkongsi bahawa dia juga aktif dalam sepaktakraw.
Saya pun teruja mengongsikan pengalaman hari sebelumnya menyaksikan emas pertama yang hadir dari Chinlone yang juga sukan dari keluarga sepaktakraw. Saya mengatakan pergerakan sukan tersebut cukup unik dan sebenarnya mencabar kerana perlu dilakukan berkumpulan.
Dan terus lelaki tersebut menyambung "Saya lah yang main acara chinlone semalam".
Terus rasanya darah menderas kering dimuka saya menahan malu sambil dengan spontan saya membelek tag nama beliau yang tergantung di leher tertera 'Faiz Ruslan'.
Saya terus menjawab "Oh yeke? Maaf semalam saya terlalu fokus dengan permainan tak perasan sangat muka. Oh tahniah ya awak dapat emas pertama Malaysia."
Tuhan sahaja yang tahu bagaimana untuk mengawal reaksi saya ketika itu. Namun saya bernasib baik kerana perbualan itu dapat disingkatkan kerana kami telah pun sampai ke stadium.
Sambil mengucapkan tahniah sekali lagi, sempat juga saya berpesan semoga berjaya pada aksi seterusnya. Tanpa membuang masa saya mempercepatkan langkah meminta diri sambil menahan sisa rasa malu sebentar tadi.
Apapun mulai sekarang,saya sudah mula menjadi peminat sukan tersebut dan mengharapkan akan terus kekal dalam kejohanan sukan antarabangsa.
Banyak lagi pengalaman saya sepanjang membuat liputan Sukan Sea 2017.Mungkin akan dikongsikan di ruangan yang lain.