Skip to main content

Rencana

Diari Sharon Wee (KL2017) - ‘Emo’ dalam gembira

15817klsportscity.jpg
Tiba-tiba melinangkan air mata sambil berjalan ke KL Sports City, Bukit Jalil di bawah titisan hujan renyai-renyai pada awal pagi. 

Ingatkan air hujan di pipi tetapi bukan. 

Kerana air mata yang berlinangan diikuti dengan perasaan sebak dicampur gembira. 

Hairan. Tapi benar. 

Di dalam minda sudah mula bercerita sambil saya menuju ke Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil. 

“Masih ingat lagi Sharon? 16 tahun lalu di Sukan SEA 2001 Kuala Lumpur anda berada di dalam gelanggang skuasy berhempas-pulas untuk membutirkan pingat emas bersama Nicol David dan rakan sepasukan untuk negara tercinta, Malaysia."

Masa cepat berlalu dan edisi ke-29 ini, anda berjalan ke lokasi bukan sebagai atlet tetapi sebagai penyampai Astro Arena. 

"Tugasan berbeza, namun tujuannya sama, iaitu memberi yang terbaik untuk para peminat juga negara dan kali ini berkongsi informasi dan perkembangan sukan terkini atlet negara melalui siaran lintas langsung,” kata si minda. 

Segala memori kembali termasuklah perasaan luar biasa ketika perarakan masuk pada Upacara Pembukaan pada 8 September 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil bersama kontinjen Malaysia yang diketuai oleh pembawa bendera, atlet 110m lari berpagar negara, Nur Herman Majid.

Bangga untuk merasai perasaan ini yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. 

Berpengalaman bertugas di tiga temasya Sukan SEA bersama krew Astro Arena sejak 2011, kali ini di Kuala Lumpur yang paling manis. 

Kita Sama Hero!

Ayuh Malaysiaku!

Advertisement

Must Watch Video