Skip to main content

Rencana

Diari Sharon Wee (KL2017) – Ciuman dan emas bola jaring detik terbaik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sharon-wee_1.jpg
Pemenang pingat emas renang berirama duet negara mencium pipi saya ketika lintas langsung di Astro Arena. 

Lebih manis pasukan bola jaring menyahut cabaran dan tekanan bermain di tempat sendiri dengan kemenangan besar 65-41 di final ke atas musuh ketat Singapura. 

Hari pertama pertandingan sehari selepas KL2017 dirasmikan memberi suntikan positif kepada kontinjen negara dengan pungutan 9 pingat emas setakat pukul 6 petang hari ini. 

Tambahan lagi 2 emas daripada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bagi sukan ekuestrian menerusi acara endurance berpasukan dan individu menyemarakkan lagi semangat perjuangan atlet negara. 

Detik-detik manis dilalui oleh semua komuniti sukan termasuk para atlet, jurulatih, para pegawai, keluarga, kawan-kawan, sukarelawan mahupun warga media. 

Ketika lintas langsung menemubual pemenang pingat emas renang berirama duet rutin bebas, Lee Yhing Huey dan Gan Hua Wei, tiba-tiba dikejutkan dengan cuman mereka sebagai tanda kegembiraan.

Saya percaya jarang-jarang sekali atau tidak pernah ada mana-mana penyampai televisyen menerima ciuman dalam situasi sebegini. 

Apapun, temubual bersama atlet negara itu diteruskan dengan nada rileks dan gembira walaupun ada kesan lipstik dipipi saya. Hanya mampu tersenyum.

Pengalaman yang tidak akan dilupakan. 

Tidak lama selepas itu, pasukan kegemaran ramai iaitu pasukan bola jaring negara menunjukkan belang Rimau membenam Sang Singa. 
 
Aksi balas dendam ini tepat pada masanya setelah tewas tipis kepada pasukan Singapura di edisi lalu. 

Seluruh stadium bergema mahupun penonton yang menyaksikan final itu di Astro Arena, Astro Go dan Njoi melompat-lompat kegembiraan. 

Tabik kepada penjaring terbaik, Najwa Azizan yang menyumbat masuk hampir kesemua peluang yang diberi. 

Kali terakhir pasukan bola jaring Malaysia merangkul emas pada tahun 2001 di Kuala Lumpur. 

Mereka cukup bangga mengulangi kejayaan selepas 16 tahun di tanahair tercinta sekali lagi. 

Apa yang pasti, detik-detik istimewa akan tercetus di KL2017 sehingga nyalaan obor dipadamkan pada 30 Ogos nanti. 

 

Advertisement

Must Watch Video