Skip to main content

Rencana

Dendam Arsenal terbalas

pepe.jpg
Tewas di tangan Southampton FC pada pusingan keempat saingan Piala FA minggu lalu yang membuatkan Arsenal terkeluar dari saingan Piala FA itu telah meningkatkan rasa dendam pemain-pemain Arsenal apabila Arsenal berkunjung ke Stadium St. Mary’s untuk pusingan kedua Liga Perdana Inggeris semalam. Kemenangan 1-3 Arsenal itu telah membuktikan bahawa luka yang dialami Arsenal itu masih lagi dirasai amat pedih oleh anak didik Mikel Arteta. Walaupun Arsenal ketinggalan 0-1 kepada Southampton pada  awal minit permainan hasil jaringan Stuart Armstrong, namun itu tidak langsung mematahkan semangat anak didik Mikel Arteta.

Mereka bingkas bangkit dengan permainan yang lebih tersusun dan kemas terutama di bahagian midfield Arsenal yang diketuai Granit Xhaka dan Thomas Partey. Kombinasi kedua-dua pemain ini telah menunjukkan kematangan dan ketenangan mengawal permainan dan akhirnya Arsenal berjaya menyamakan kedudukan pada minit kelapan melalui Nicolas Pepe setelah mendapat umpanan cantik daripada Xhaka. Ketiadaan penyerang prolifik Arsenal iaitu Pierre Emerick Aubameyang bukan satu masalah kepada Arteta sebaliknya beliau mempunyai banyak pilihan.  Yang menariknya Arteta telah memberi kepercayaan kepada pemain-pemain muda Arsenal untuk menerajui bahagian serangan seperti Nicolas Pepe, Bukayo Saka dan Emile Smith Rowe.

Kepercayaan itu tidak disia-siakan oleh mereka sebaliknya Saka telah mengembalikan keyakinan yang lebih tinggi kepada rakan sepasukannya untuk terus lebih bersemangat dan berjuang untuk mencipta kemenangan apabila beliau berjaya melakukan jaringan kedua pada minit ke-38 untuk memdahului Southampton di Stadium St. Mary’s. Inilah yang dinanti-nantikan oleh penyokong-penyokong Arsenal di mana dapat melihat satu permainan yang bertenaga yang penuh dengan gerakan pantas dalam menyusun strategi serangan.

Walaupun lawan mendominasi sedikit peratusan perlawanan semalam namun ia tidak memberi kesan kepada anak didik Arteta, sebaliknya mereka terus fokus dalam mengawal permainan baik ketika menyerang  dan bertahan terutamanya. Semangat berpasukan yang ditampilkan pemain-pemain Arsenal itu begitu luar biasa sekali semalam dan akhirnya Arsenal berjaya memdapatkan jaringan ketiga melalui Alexander Lacazette pada minit ke-72 dan mengesahkan kemenangan Arsenal dan kemenangan itu telah dapat membalas dendam Arsenal pada minggu lalu di pusingan keempat Piala FA.

Advertisement

Must Watch Video