Skip to main content

Rencana

Denda pun dendalah, janji Kedah yang punya!

311016rizalghazali.jpg
Sebelum saingan liga musim ini bermula, ada perebutan berlaku di antara Kedah dan Felda United untuk pemain terbaik perlawanan akhir Piala Malaysia 2016 , Rizal Ghazali.

Pemain itu didakwa telah menandatangani kontrak bersama Felda United, sebelum membuat 'pusingan u' untuk kekal bersama Kedah bagi mengharungi saingan musim ini.

Ada cakap-cakap belakang yang mengatakan Rizal sepatutnya bermain untuk Felda United kerana telah menandatangani kontrak terlebih dahulu bersama The Fighters.

Namun realitinya, Rizal kini masih lagi bersama skuad Lang Merah malah terus berada dalam kesebelasan utama di posisi pertahanan.

Persoalan yang diperkatakan ramai pihak menemui jalan penyelesaian apabila mensyuarat Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah membuat keputusan bahawa Rizal sah kekal menjadi hak milik Kedah dan bukan Felda United. 

Keputusan sebulat suara itu tentunya melegakan semua pihak daripada pasukan Kedah kerana teka-teki tentang kedudukan Rizal akhirnya telah terjawab.

Bagi Rizal, tentunya beliau berterima kasih kepada pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) biarpun pernah membelakangi persatuan itu apabila menandatangi kontrak bersama pasukan Felda United. 

Hasil kesilapan kerana tidak berfikir panjang, Rizal didapati bersalah dan didenda RM25,000 menurut artikel 1(7)(d).

Penulis percaya bukanlah satu masalah besar buat pemain itu selepas dikhabarkan mendapat kenaikan gaji berdasarkan prestasi yang dipamerkan.

Pengalaman yang dilalui Rizal juga boleh dijadikan sebagai contoh kepada pemain lain agar lebih berhati-hati dan berfikir sebelum menandatangani kontrak.

Advertisement

Must Watch Video