Keterujaan pemain antarabangsa Brazil, Philippe Coutinho, untuk menyarung jersi Barcelona akhirnya menjadi kenyataan. Sejak dari musim lalu lagi gosip ini menjadi perbualan hangat namun ia akhirnya diterjemahkan apabila jendela perpindahan pertengahan musim dibuka pada Januari.
Ada tiga fakta menarik yang Dayang nak kongsikan berkenaan dengan perpindahan bintang Liverpool ini ke Barcelona.
Pertama, pembelian Coutinho menyaksikan beliau menjadi pemain ketiga termahal didunia dengan harga sekitar 160 juta Euro di belakang Neymar dan Kylian Mbappe. Pemain berusia 26 tahun itu juga tanpa berselindung amat teruja terutama sekali apabila beliau bakal kembali bergandingan dengan rakan lamanya di Liverpool, Luis Suarez.
Kedua, untuk pengetahuan anda, Coutinho meniru apa yang dilakukan oleh Cesc Fabregas untuk mempercepatkan urusan perpindahan apabila membayar sendiri sebahagian kecil yuran perpindahannya.
Ini kerana Liverpool meningkatkan nilai yuran perpindahan atas alasan penjenamaan dan kos itu ditanggung sendiri oleh Coutinho. Dikhabarkan beliau membayar hampir 12 juta pound secara keseluruhan.
Ketiga, Coutinho sebenarnya mengalami kecederaan! Ya! Itulah keputusan yang diperolehi pasukan perubatan Barcelona yang mengumumkan Coutinho perlu berehat sekurang-kurangnya 20 hari sebelum boleh beraksi semula. Kecederaan pada paha kanan itu, bagaimanapun, bukanlah satu kecederaan yang serius.
Dayang ucapkan selamat maju jaya kepada Coutinho bersama pasukan Barcelona dan Dayang juga teruja kerana pastinya Liverpool mahu segera mencari pengganti setanding beliau bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan. Jadi , siapakah pemain itu? :)