Skip to main content

Rencana

Dari Anfield ke Camp Nou

080118coutinho2.jpg
Keterujaan pemain antarabangsa Brazil, Philippe Coutinho, untuk menyarung jersi Barcelona akhirnya menjadi kenyataan. Sejak dari musim lalu lagi gosip ini menjadi perbualan hangat, namun ia akhirnya diterjemahkan apabila jendela perpindahan pertengahan musim dibuka pada Januari.

Ada tiga fakta menarik yang Dayang ingin kongsikan berkenaan dengan perpindahan bekas bintang Liverpool ini ke Barcelona.

Pertama, pembelian Coutinho menyaksikan dirinya menjadi pemain ketiga termahal di dunia dengan harga sekitar EUR160 juta (RM766 juta) di belakang Neymar. Pemain berusia 26 tahun itu juga tanpa berselindung amat teruja, terutama sekali apabila dia bakal kembali bergandingan dengan rakan lamanya di Liverpool, Luis Suarez.

Kedua, untuk pengetahuan anda, Coutinho meniru apa yang dilakukan oleh Cesc Fabregas untuk mempercepatkan urusan perpindahan apabila membayar sendiri sebahagian kecil yuran perpindahannya. Ini kerana Liverpool meningkatkan nilai yuran perpindahan atas alasan penjenamaan dan kos itu ditanggung sendiri oleh Coutinho. Dikhabarkan, dia membayar hampir GBP12 juta (RM65 juta) secara keseluruhan.

Ketiga, Coutinho sebenarnya mengalami kecederaan! Ya, itulah keputusan yang diperolehi pasukan perubatan Barcelona yang mengumumkan Coutinho perlu berehat sekurang-kurangnya 20 hari sebelum boleh beraksi semula. Kecederaan di paha kanan itu bagaimanapun bukanlah satu kecederaan yang serius.

Dayang ucapkan selamat maju jaya kepada Philippe Coutinho bersama pasukan Barcelona dan Dayang juga teruja kerana pastinya Liverpool mahu segera mencari pengganti yang setanding bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan. Jadi, siapakah pemain itu?

Advertisement

Must Watch Video