Penulis tidak dapat bayangkan bagaimana pemain negara mengharungi cabaran getir dalam pusingan akhir Kejohanan AFC Bawah 23 di China ini.
Apa tidaknya, cuaca sejuk yang mencengkam seluruh anggota badan tampak menjadi halangan besar kepada mereka untuk menjelmakan aksi terbaik masing-masing dalam tiga perlawanan peringkat kumpulan.
Sememangnya, lawan skuad negara merupakan pasukan handalan Asia tetapi daripada pandangan penulis, kita mampu menghadirkan tentangan sengit jika percaturan taktikal pengendali Datuk Ong Kim Swee dapat disempurnakan oleh pemain.
Namun, dengan masalah cuaca sejuk yang mencengkam anak buah Kim Swee, ia tampak sukar dilakukan walaupun rata-rata media tempatan yang hadir membuat liputan kejohanan ini bersikap positif dengan kemampuan pemain mengatasi permasalahan itu.
Skuad negara sudah mengharungi tiga keadaan berbeza dalam cuaca sejuk iaitu bersalji, hujan dan berangin sejak mula menjalani latihan di Mokpo, Korea Selatan Disember lalu dan diharapkan ia dapat membantu pemain negara menangani masalah paling besar ini.
Namun, berbanding tiga pasukan lawan, Iraq, Arab Saudi dan Jordan, skuad negara kelihatan masih bergelut untuk mendapatkan momentum terbaik dalam keadaan cuaca sejuk tidak menentu ini.
Beraksi dalam cuaca sejuk sememangnya menguji ketahanan mental dan fizikal terutama daripada aspek pernafasan. Jadi mungkin, pemain negara perlu menjaga pemakanan dengan baik dan harus minum air yang lebih banyak daripada jumlah kebiasaan.
Ia mungkin dapat memastikan pernafasan dengan baik ketika beraksi dan mengelak ditimpa kecederaan seperti kejang dan sebagainya.
Apa pun, buat pemain negara mental anda harus kuat untuk memulakan setiap perlawanan di sini kerana jika itu dapat dilakukan, pasti keputusan positif mampu dicapai untuk penampilan sulung dalam kejohanan ini.
Foto kredit: Facebook FAM Official