Manchester City terus gah mengemudi carta Liga Perdana Inggeris apabila mencatatkan kemenangan 2-1 ketika berdepan Watford di laman lawan.
Perkembangan ini sekaligus mencerahkan peluang mereka untuk terus mempertahankan kejuaraan liga biarpun masih banyak lagi perlawanan liga yang harus diharungi.
Skuad kendalian Pep Guardiola berkenaan muncul satu-satunya pasukan yang masih belum lagi tewas dalam liga setakat ini selepas mengharungi 15 perlawanan dengan 41 mata. City juga turut beraksi baik dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah dengan menerajui Kumpulan F.
Penulis percaya salah satu kunci utama kepada prestasi cemerlang City setakat ini adalah kualiti yang dimiliki oleh pemain mereka, sama ada dalam kesebelasan utama mahupun barisan pemain simpanan.
Pep Guardiola mampu melakukan penggiliran pemain dalam setiap perlawanan memandangkan kesemua barisan pemainnya mempunyai keupayaan hampir sama.
Andai Sterling direhatkan, Riyad Mahrez ada, andai Bernardo Silva tidak cergas, Leroy Sane ada. Jika Aguero cedera, Jesus sedia diturunkan.
Jadi secara tidak langsung, penggiliran pemain yang dilakukan dapat memastikan setiap pemain benar-benar cergas untuk memberikan aksi terbaik di atas padang.
Ini sekaligus membuktikan bahawa kemampuan kelab untuk melabur membeli pemain-pemain berkualiti sebenarnya banyak membantu prestasi kelab. Penulis juga percaya andai pengurusan kelab tidak mampu memenuhi kehendak Pep Guardiola untuk membeli pemain, pasti sukar buat Pep untuk berada di tempat sekarang.
Lihat sahaja jiran setempat mereka, Manchester United. Kekurangan pemain-pemain berkualiti menyaksikan mereka bergelut untuk bersaing dalam liga. Mereka juga kini bergelut untuk mendapatkan rentak kemenangan.
Dengan City bakal berkunjung ke Stamford Bridge berdepan Chelsea hujung minggu ini, penulis percaya satu lagi kemenangan bakal diraih The Citizens andai Pep menurunkan pemain yang direhatkan dalam perlawanan berdepan Watford seperti Raheem Sterling dan Aymeric Laporte.
Andai tiga mata mampu diraih, peluang pasti semakin cerah untuk Pep Guardiola dan anak-anak buahnya mempertahankan kejuaraan liga di Etihad.