RENCANA
CEO ISN: Bila nak umum?
Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara kosong sejak Dr Mohd Khairi Zawi meninggalkan Bukit Jalil, 30 November tahun lalu.
Sejak itu, ISN meneruskan fungsi utama sebagai klinik atlit negara walaupun banyak spekulasi mengenai identiti CEO baru.
Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Sosial, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Ahmad Faedzal Md Ramli sudah dihujani ucapan tahniah apabila ditabalkan calon
paling sesuai namun persoalannya mengapa Kementerian Belia dan Sukan berdiam diri?
Iklan
Adakah Ketua Setiausaha KBS, Datuk Lokman Hakim Ali akan meninggalkan KBS tanpa memutuskan siapa CEO baru ISN?
Saya masih ingat temubual bersama Lokman pada Disember, tahun lalu bahawa kriteria utama CEO baru ISN ialah calon terbabit mesti memiliki kepakaran sains sukan.
Tetapi apabila membuat carian mengenai Faedzal, saya fikir beliau akan berdepan tugas berat.
Bukan itu såja, banyak lagi jawatan belum diputuskan termasuk Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlit Kebangsaan (Yakeb).
Ironinya, ISN sudah menerima pengerusi baru sejak Disember lalu namun identitinya turut belum diumumkan.
Prof Datuk Dr Rahmat Mohamad sudah mengadakan beberapa mesyuarat dengan pegawai tertinggi ISN namun mengapa dibuat secara senyap-senyap?
Saya tidak menentang siapa jua yang dilantik kerana yakin peluang perlu diberi sama rata. Tetapi apabila terlalu banyak rahsia, ia menimbulkan banyak persoalan.
ISN perlu bergerak seiring Majlis Sukan Negara yang sudah merangka Sistem Tier menggantikan Program Podium dalam misi menghadapi Sukan Sea dan lebih penting, buru emas sulung Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Jadi KBS terutama menteri, Syed Saddiq Syed Abd Rahman - bila nak umum siapa CEO ISN?
Must-Watch Video