RENCANA
Boleh ke jadi juara
Ada individu yang bertanyakan pandangan prestasi skuad negara menentang England dan Jerman susulan Malaysia merekodkan kemenangan 4-1 dan 5-0 untuk layak ke suku akhir.
Sinisnya,England dan Jerman hanya picisan apabila mereka tampil menentang pilihan dalam saingan berpasukan,tetapi jawapan mudahnya mereka hanya pemanas badan buat Datuk Lee Chong Wei dan rakan sepasukan.
Hakikatnya dua negara Eropah itu bukan tandingan buat Malaysia memandangkan skuad negara memiliki reputasi dan prestasi sebagai antara empat yang terbaik di dunia.
Iklan
Sama ada menang atau tewas menentang Korea Selatan dalam aksi terakhir berkumpulan, perwatakan Malaysia sebagai sebuah skuad yang mengidamkan kejuaraan akan terserlah.
Atas dasar itu bahaya untuk terlalu ghairah dengan keputusan dalam aksi berkumpulan kerana ujian sebenar adalah peringkat suku akhir,saingan
kalah mati.
Dua tahun lalu di New Delhi India,Malaysia unggul mengatasi Denmark 4-1 di suku akhir sebelum menidakkan Indonesia di separuh akhir dan akhirnya kecundang di tangan Jepun di Final.
Setakat ini belum ada satu pasukan termasuk tuan rumah China yang menampilkan aksi mampu menawarkan keyakinan mereka adalah juara
dalam pembikinan.
Kaji aksi Malaysia menentang Korea Selatan,lihat sendiri prestasi anak buah Pengarah Teknikal negara, Morten Frost di suku akhir,lepas itu baru boleh nak meyakinkan diri sama ada Malaysia mampu jadi juara atau sebaliknya.
Must-Watch Video