Menjadi kebiasaan apabila gergasi Bundesliga, Bayern Munich, mendapatkan khidmat pemain daripada pencabar Liga Jerman untuk memperkuatkan pasukan.
Robert Lewandowski (Borussia Dortmund), Leon Goretzka dan Manuel Neuer (Schalke 04) serta Niklas Sule (Hoffenheim) antara nama besar yang berhijrah ke Allianz Arena selepas menyarung jersi pencabar Bundesliga, sebelum itu.
Kini, Bayern tampak masih menggunakan proses sama dalam usaha memastikan status selaku pasukan terunggul Jerman terus milik mereka.
Menerusi laporan yang diterbitkan Kieran Jackson untuk MailOnline, pertahanan RB Leipzig, Dayot Upamecano, dikatakan telah mencapai persetujuan untuk menyertai skuad bimbingan Hansi Flick, musim depan.
Pemain berusia 21 tahun itu jelas menjadi tonggak utama Leipzig musim ini sehingga membolehkan pasukannya menduduki tangga ketiga Bundesliga dan mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah sebelum semua saingan bola sepak ditangguhkan ekoran Coronavirus.
Kontrak Upamecano di Red Bull Arena mengandungi klausa perpindahan bernilai 52 juta Pound dan melihat kepada faktor usia yang semakin meningkat dihadapi Jerome Boateng serta Sule sering bergelut dengan isu kecederaan, Bayern dilihat sedia untuk menambah muka baru di bahagian bek tengah.
Bagi kempen 2019-20, pertahanan yang pernah memenangi Kejohanan Eropah B17 pada 2015 bersama Perancis itu melakukan 29 penampilan dan kesemuanya bermula dalam kesebelasan utama.
Selain Bayern, dua kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal dan Manchester United, juga dilaporkan berminat dengan khidmat pemain yang mula menyarung jersi Leipzig pada 2017 itu.
Namun, sekiranya laporan Jackson itu menjadi realiti, jelas sekali Bayern masih berpegang kepada prinsip seperti sebelum ini dan terus buat kerja seperti biasa.