Skip to main content

Rencana

Azizulhasni ditaja bos yang suka berbasikal

17217azizul.jpg
Azizulhasni Awang ditaja Kumpulan CIMB bagi tempoh penajaan empat tahun. 

CIMB Pro-Cyling Team ditubuhkan bagi merealisasikan impian ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 serta usaha membutirkan emas pertama Malaysia.

Selain 'The Pocket Rocketman', Fatehah Mustapa juga disuntik semangat baru dengan penajaan ini.

Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Tengku Datuk Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, yang juga aktif dalam sukan berbasikal dan larian amat teruja untuk memberi sokongan kepada Azizulhasni -- pemenang pingat gangsa Olimpik Rio 2016 -- serta berharap kejayaan Fatehah dapat menarik minat lebih ramai wanita
terlibat dalam sukan berbasikal.

Bos yang menerajui bank yang dikenali oleh semua dalam membantu pembangunan sukan skuasy, golf dan bola sepak Malaysia merupakan seorang yang aktif dan secara konsisten setiap minggu bersama-sama rakan setugas menjalani sesi berbasikal dan larian. 

Selain itu, Tengku Zafrul juga pemain skuasy yang kompetitif.

Secara tidak langsung, pihak pentadbiran teratas sesebuah organisasi yang melibatkan diri dalam sukan tertentu akan lebih cenderung dalam membantu dan menaja program dan atlet sukan tersebut.

Positifnya, tajaan ini tiba pada masa yang tepat untuk Azizulhasni dan Fatehah selepas sokongan oleh Yayasan Sime Darby selama 8 tahun tidak lagi diteruskan baru-baru ini.

Tambahan pula, velodrom tertutup pertama bertaraf dunia di Nilai akan siap beberapa bulan lagi dan bersedia menjadi pangkalan pasukan berbasikal negara yang telah berpusat di Melbourne, Australia sejak 2007.

Tahniah kepada kumpulan korporat yang memberi sokongan kepada sukan negara dan dengan harapan lebih banyak lagi akan tampil supaya atlet negara
dapat memenuhi potensi mereka.

Apapun, kalau terserempak Bos CIMB bersaing dengan Azizulhasni di jalan, jangan terkejut.

Advertisement

Must Watch Video