Ketika artikel ini ditulis, hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi upacara pembukaan rasmi temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 akan dilangsungkan.
Walaupun sudah ada beberapa acara yang membabitkan kutipan pingat sudah dilangsungkan lebih awal, kemuncak sebenar temasya hanya bermula selepas obor pertandingan dinyalakan.
Debaran sudah pasti terus dirasai atlet-atlet yang akan mengambil bahagian dan tidak terkecuali kontinjen negara.
Selepas persiapan rapi, ada yang memakan masa sehingga dua tahun sejak edisi 2015 di Singapura, kini pentas mereka sudah tiba untuk buktikan semangat juara berada dalam setiap diri mereka.
Kepada atlet yang diletakkan sebagai sandaran utama pingat, diharapkan anda terus perjuangan selaras dengan kemampuan Malaysia yang mempunyai beberapa juara di peringkat dunia.
Tahniah diucapkan kepada skuad memanah compound negara dengan meraih tiga daripada lima emas yang dipertandingkan, khususnya kepada Juwaidi Mazuki serta Fatin Nurfatehah Mat Salleh yang meraih kejayaan berganda, masing-masing dalam berpasukan lelaki, wanita serta campuran.
Tidak dilupakan tahniah juga diucapkan kepada pasukan chinlone negara yang menyumbangkan emas pertama kontinjen Malaysia pada temasya kali ini.
Berbaki 11 hari temasya ini, diharapkan kontinjen negara terus pamerkan semangat juang tinggi untuk merealisasikan sasaran 111 pingat emas dan yang paling penting menjadi juara keseluruhan.
#KitaJuara!