Tanpa kapten, kapal boleh karam.
Begitulah pentingnya kehadiran kapten hoki negara, Sukri Mutalib menjelang Piala Asia 2017 di Dhaka, Bangladesh, 11-22 Oktober ini.
Dia mengalami kecederaan betis ketika sesi latihan sekaligus membimbangkan Ketua Jurulatih Negara, Stephen van Huizen.
"Kaki masih berasa sakit tapi saya yakin dapat bertahan. Pasukan perlukan saya untuk misi di Dhaka dan saya fikir ini peluang terbaik kami untuk cipta sejarah.
"Malaysia tidak pernah ke final apatah lagi menjuarai Piala Asia. Keadaan nampak baik selepas kami layak ke Piala Dunia 2018. Saya mahu ke Dhaka," kata Sukri.
Dia antara pejuang utama The Malaysian Hockey Tigers.
Pertahanan ini cemerlang mengawal pasukan ketika Malaysia raih tangga keempat Separuh Akhir Liga Dunia di London, England, Julai lalu untuk layak secara merit ke Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, India.
Ketika itu, kejohanan diadakan pada bulan Ramadhan malah, mereka turut menyambut Syawal di London.
Saya pernah melihat semangat juang pertahanan kental ini ketika Malaysia berdepan Korea Selatan di London.
Tekanan begitu hebat dalam kem negara selepas tewas dua perlawanan berturut-turut peringkat kumpulan dan jika tewas kepada Korea, tiket ke Piala Dunia akan terlepas.
Muhammad Razie Abd Rahim menjaringkan gol awal hingga mengundang asakan bertali arus Korea.
Pada suku terakhir, semua pemain negara bermain bawah 50m, kebanyakannya dalam kawasan D.
Mereka menghalang semua hantaran lawan, tidak membenarkan bola masuk dalam D hingga satu ketika, bola menghentam muka Sukri.
Permainan dihentikan seketika, namun saya dapat dengar dari tempat duduk media kata-kata Sukri: "Teruskan...teruskan. Kita kena menang hari ini".
Dia enggan ditukarkan dan meneruskan permainan hingga Malaysia menang, 1-0.
Selepas tamat perlawanan, majoriti pemain menangis kegembiraaan, melepaskan tekanan, berpelukan dan Sukri meluahkannya ketika saya menemubualnya.
"Ramai rakan seperjuangan sudah bersara. Saya tidak tahu berapa lama lagi boleh bermain untuk Malaysia, jadi saya perlu gunakan peluang ini," kata Sukri.
Di Dhaka, Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Korea Selatan, China dan Oman.
Dua pasukan terbaik layak ke separuh akhir dengan Persekutuan Hoki Asia memperkenalkan format round robin untuk kelompok 4 pasukan terbaik.
Dua pasukan mengumpul mata terbanyak akan layak ke final sekali gus bermakna, mereka perlu benar-benar cergas untuk mengharungi keseluruhan tujuh perlawanan sepanjang kejohanan.
Kepada kapten Sukri, semoga sempat pulih. Anda penting untuk mengatasi pencapaian terbaik tangga ketiga edisi 2007!