Skip to main content

Rencana

AXL dan Slash boleh, mengapa tidak Wee Kiong-V Shem

gun-n-roses_2.jpg
Kalau ditanya dua entiti yang sering kali membangkitkan keghairahan saya adalah badminton dan Guns & Roses.

Seperti badminton, Guns & Roses band rock tulen terakhir Amerika Syarikat ini tidak pernah jauh daripada cerita kontroversi.

Paling hangat sudah pasti perseteruan penyanyi utama Axl Rose dan Gitaris legenda Slash sehingga menyaksikan perpecahan barisan asli GnR.

Tetapi pada 2016 tanpa diduga, peminat GnR disajikan dengan sesuatu di luar dugaan, Axl dan Slash kembali di pentas buat kali pertama sejak dua dekad.

Sehingga hari ini mereka masih lagi utuh menghiburkan dunia menerusi konsert jelajah "Not In This Lifetime"

2016 juga menyaksikan Wee Kiong dan V Shem capai kemuncak kerjaya apabila mengulangi pencapaian Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock ke final Olimpik Rio.

Menyusul setahun selepas itu, krisis yang menjurus kepada perpisahan gandingan yang dianggap terbaik Malaysia dalam generasi masa kini.

Peminat badminton tanah air kemudian dikejutkan dengan berita mereka kembali di gandingan bagi musim 2018 dan seterusnya.

Ada yang ragu-ragu dan sangsi adakah Wee Kiong dan V Shem ini masih lagi efektif sebagai satu beregu ketika perhubungan peribadi dan profesional mereka terjejas hasil daripada krisis 2017 yang melanda.

Bagaimanapun kebimbangan itu sedikit terpadam saya percaya ketika mereka menamatkan kemarau perebutan kejuaraan sejak Final Siri Super di Dubai 2016 apabila ke final Masters Malaysia baru-baru ini.

Jadi, berikan sedikit lagi masa untuk mereka kembali menggegar dunia, terutama menjelang kempen Piala Thomas negara.

Kalau Axl dan Slash boleh kenapa tidak Wee Kiong dan V Shem.
 

Advertisement

Must Watch Video