Ketika saya tiba di garisan penamat, saya rasa Allah mendengar doa saya. Yang paling indah saat kejayaan itu, adalah bila saya mengenang perjuangan menuju kejayaan itu sendiri. Ketika kejayaan selesai perasaan itu biasa sahaja, tapi kebangkitan dari kesukaran untuk menuju kepada kejayaan itu cukup luar biasa - Ashraf Haisham
Ketika remaja lain sedang meneroka alam luar selepas tamat persekolahan, Ashraf pula di uji hebat, dalam usia yang begitu muda.
Dia tidak menyangka tarikh 12 Januari 2013 mengubah keseluruhan hidupnya selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya yang membuatnya hilang tangan kiri.
Tiada lagi kelebihan sebagai individu kidal yang kebiasaannya miliki keistimewaan tersendiri bagi setiap bidang yang di ceburi dan paling dirasai Ashraf, impian untuk bergelar atlit di peringkat tertinggi seakan padam secara tiba-tiba sebaik melihat dirinya yang sudah tidak menepati ciri-ciri seorang atlit berjaya.
'Masa tu saya hanya mampu termenung, macam mana saya nak lari laju tanpa tangan kiri saya ?' Itu reaksi Ashraf mengenang semula saat sukar untuk dia terima hakikat fizikalnya ketika itu.
Ashraf dikenali sebagai pelajar yang cukup aktif di zaman persekolahannya dan sememangnya cita-cita Ashraf adalah ingin menjadi atlit yang mampu membawa nama negara ke merata dunia.
Setahun selepas malapetaka yang menimpa Ashraf, dia akhirnya di terima untuk bersama-sama menyertai skuad olahraga para negara di bawah kendalian ketua jurulatih negara, R. Jeganathan.
'Perkembangan itu seolah-olah kunci kepada kesedihan saya selepas apa yang berlaku pada tahun sebelumnya.'
Kegembiraan Ashraf, hampir membuatkannya lupa, penerimaan badannya untuk setiap teknik dan latihan sudah berbeza jika dibandingkan dengan situasinya sebelum ini.
Ia benar, pelbagai kecederaan di alami Ashraf antaranya retak rumit, kecederaan belakang dan sebagainya menghimpunkan kekuatan sebenar atlit yang menerima jolokan atlit harapan dari Jeganathan itu.
Kesannya, penampilan kali pertama Ashraf di Sukan Para ASEAN Singapura 2015, dia gagal sumbang sebarang emas untuk negara dan paling pahit untuk ditelan dia gagal menepati sasaran yang ditetapkan barisan kejurulatihannya sendiri, kerana namanya di jangka mampu membantu negara sasar 30 emas dari olahraga di Singapura.
Ashraf berasakan dia lah punca utama Malaysia gagal gapai sasaran 30 emas merujuk kepada pencapaian Melaysia sekadar berpuas hati dengan 27 emas dari trek dan balapan pada 2015.
Untuk seketika Ashraf kembali memencilkan diri, mengenang nasib dan tertanya-tanya mengapa takdir menempatkan dirinya dalam situasi ketika ini.
Namun seakan satu kuasa menyedarkan Ashraf betapa dia sebenarnya sudah berada di landasan yang benar untuk memenuhi cita-cita besarnya satu ketika dahulu iaitu menyarung jersi selaku atlit negara dan beraksi sebagai atlit yang mampu menjadi inspirasi kepada orang ramai. Satu impian yang menjadi doa hariannya setiap kali mengakhiri solat lima waktu.
Dua tahun dia kembali mengumpul tenaga dan kekuatan, mengharungi detik kecederaan yang di laluinya dengan penuh kesakitan, menguasai kekurangan dengan menterjemahkannya menerusi kejayaan yang diidamkan.
Ternyata emas pertamanya dalam acara 800m F46 di Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 ibarat amaran awal pada Selasa lalu.
' Ashraf sebenar sudah mariiii ... ' itu suara hati Ashraf
Belum cukup dengan itu, sehari kemudian Ashraf sekali lagi mendominasi pentas larian kali ini dalam acara 1500meter F46 selain bonus dalam acara pecut 400meter dalam kategori yang sama berakhir dengan pingat perak pada Khamis.
Dua emas dan satu perak dia lah manusia yang paling gembira dan bersyukur di muka bumi ketika ini. Senyuman tidak lekang dari wajah atlit berusia 20 tahun yang miliki potensi dan semangat yang cukup luar biasa itu
' Baru saya sedar, Dia sudah mempercepatkan impian saya untuk muncul sebagai atlit negara, persaingan cukup kuat andai tangan kiri masih bersama saya ketika ini, perancangan Tuhan tidak pernah salah, sebab utama saya kehilangan tangan kiri bukan kerana kemalangan tetapi kerana Dia mahu saya rasa manisnya kejayaan daripada kebangkitan ini.'
Ashraf menamatkan perbualan dengan menegaskan, kejayaannya kali ini jadi pembakar semngat untuk dia curi peluang beraksi buat kali pertama dalam saingan Sukan Para Asia 2018 di Indonesia nanti.