Dua bulan kebelakangan ini, Selasa dan Khamis adalah hari yang menggerunkan buat pengacara-pengacara Astro Arena.
Kenapa? Kerana pada hari yang disebutkan, peratusan lemak badan, peratusan otot, air dan berat badan akan diperiksa oleh pengawas bootcamp kami Nana Al Haleq dan Kmruizzwan. Selepas itu kami akan menjalani latihan senaman yang boleh dikatakan agak berat buat kami yang bukan ‘kaki bersenam’ ini.
Sebulan yang pertama.
Betul-betul menduga kami. Terkejut pun ia mungkin. Diperkenalkan dengan pemanasan badan yang agak keras (selalunya yang kita tahu aktiviti pemanas badan hanya ‘stretching’) antaranya seperti ‘knee raise’, squad, burpees, plank. Itu baru ‘warm up’. Tiba session yang sebenar, huh macam-macam benda lain lagi antaranya push and pull sled yang kami panggil lembu kuning.
Perkara tu susah nak terangkan dalam ayat. Cuba sendiri lah tarik dan tolak benda yang beratnya 80-120 kg. Punya lah berpeluh masing-masing. Kelakar pun ada melihatkan gelagat rakan-rakan pengacara yang lain. Yang termuntah, terjelir, termengah, terjerit pun ada. Tapi tiada seorang pun gagal menghadirkan diri. Menarik!
Bulan kedua.
Mungkin jurulatih atau kami gelar ‘trainer’ Nana dan Kam nampak kami dah makin serasi, sesi ‘warm up’ pun dah bertambah berat kalau dulu squad kosong tanpa bebanan, sekarang dah jadi wall squad bersama beban 5-10 kg. Kalau bulan pertama hanya ‘push and pull sled’ yang digerunkan tapi sekarang dah ada tali gayut, ‘deadlift’ dan banyak lagi yang akan membuat setiap dari kami merangkak lepas habis latihan.
Kenapa ada Arena Bootcamp?
Arena Bootcamp ini sebenarnya bertujuan untuk latihan senaman dan kesihatan buat pengacara dan ‘talent’ Astro Arena di samping usaha bagi mendapatkan bentuk badan yang ideal. Sebab itulah setiap minggu peratusan badan kami dipantau, manalah tahu ada yang tergelincir makan berlebihan ketika hujung minggu.
Namun apa yang membanggakan saya apabila melihat rakan-rakan lain saling memberi sokongan antara satu sama lain. Walaupun diri sendiri pun tak cukup nafas! Dan semangat yang ditunjukkan mereka tak kira umur, tak kira jantina semuanya berjiwa kental. Apa yang kita harapkan di penghujung hari nanti, badan sihat, cantik dalam televisyen, dan mental makin kuat.
Terima kasih kepada Nana dan Kam. Harapnya jangan berkecil hati dengan jeritan gurauan pengacara-pengacara Astro Arena ini. Bukan apa, mungkin dekat sinilah mereka nak lepaskan stress kerja dan segalanya. Terima kasih juga pihak pengurusan Astro yang menaja sesi latihan kami ini.
Moga semua perserta Bootcamp akan bertahan hingga tamatnya hari terakhir nanti dengan keputusan yang baik dan terus sihat walafiat. Syabas kawan-kawan!
Kepada yang ingin menyaksikan sendiri apa yang berlaku dalam Arena Bootcamp boleh lah menonton Arenama pada Ahad, jam 9 pagi di Astro Arena 802 HD dan 801.