Jurgen Klopp akan menjadi antara individu penting di Anfield andai mampu menghadiahkan kejuaraan liga selepas The Reds melalui satu penantian yang cukup-cukup lama.
Tidak mengapa andai tidak menjuarai Piala FA atau Liga Juara-Juara Eropah tetapi jika gagal muncul juara liga, penyokong Liverpool terpaksa meneruskan penantian mereka yang penuh penyiksaan.
Bagi Pep Guardiola pula, misi mahu menjadi pengurus bola sepak kelab terbaik didunia berada di landasan yang tepat andai beliau mampu memberikan kejuaraan berganda kepada Manchester City untuk musim 2018/19. Diberikan peluang memilih senarai pemain yang dinginkan waima berapa harga sekalipun, adalah satu kegagalan jika Guardiola gagal mempertahankan kejuaraan yang dimenangi musim lalu.
Kedua-dua pasukan ini mengisi kedudukan satu-dua di liga perdana inggeris dan dengan baki kurang dari 12 perlawanan, agak sukar buat pasukan di tangga ketiga, Tottenham Hotspur, dan tangga keempat, Manchester United untuk memberikan cabaran kepada The Reds dan The Citizens.
Klopp berjaya membawa Liverpool tampil konsisten musim ini dengan pembelian pemain yang bertepatan dengan falsafah bola sepaknya. Lihat saja kemasukan Allison Becker yang ternyata menyelesaikan masalah posisi penjaga gol di Anfield.
Pembelian Virgil Van Dijk juga kena pada masanya memandangkan Liverpool memerlukan seorang pemimpin di bahagian pertahanan yang mampu bertahan dan menyerang dengan baik. Statistik juga menunjukkan Van Dijk merupakan antara pertahanan terbaik dalam Liga Perdana Inggeris saat ini. Gandingan MOhamed Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane yang sudah beraksi bersama lebih semusim juga antara faktor penting yang menyumbangkan kemenangan kepada pasukan bimbingan Klopp.
Bagi Guardiola, mempunyai barisan pemain berkualiti sama ada dalam kesebelasan utama mahupun barisan simpanan adalah tunjang utama City mampu tampil konsisten pada setiap perlawanan. Aymeric Laporte, Nicholas Otamendi, John Stones dan Vincent Kompany bergilir-gilir beraksi di pertahanan tengah manakala Danilo, Benjamin Mendy dan Fabian Delph juga beraksi mengikut penggiliran. Di bahagian tengah, ada masanya Guardiola menggunakan gandingan Fernandinho, Kevin De Bruyne, Raheem Sterling dan David Silva, ada masanya beliau menggunakan Ilkay Gundongan, Riyad Mahrez, Bernardo Silva dan Leroy Sane dan keadaan ini menyukarkan pihak lawan untuk memahami cara permainan pasukan Manchester City.
Jadi, siapa pilihan anda untuk muncul juara liga di pengakhiran musim nanti? Jika ditanya kepada penulis, sudah tentu penulis akan memilih Newcastle United biarpun perkara itu takkan berlaku, namun realistiknya, penulis mahu melihat Liverpool menamatkan penantian berpuluh tahun mereka. Penulis juga mahu melihat siapa lagi pemain bintang yang akan dibeli Manchester City untuk musim akan datang.