Skip to main content

Rencana

31.7 juta rakyat Malaysia didera...

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

img-20170827-wa0005.jpg
Sebaik Indonesia mengesahkan kemaraan ke separuh akhir selepas mematikan langkah Kemboja di bumi Shah Alam, satu yang tergambar di fikiran aku, 'gila ah, ini final sebelum final namanya'.

Malaysia sudah pasti mahu pertahan maruah di negara sendiri dan aku tahu Indonesia juga mahu membuktikan nadi bola sepaknya masih berdenyut tatkala melewati penggantungan hampir 2 tahun dan kembali ke kancah bola sepak bermula awal tahun ini.

Umum juga tahu aksi Malaysia-Indonesia tidak pernah gagal cetus atmosfera luar biasa, adrenalin dalam tubuh setiap penyokong mampu buat kita meremang bulu roma bermula dari nyanyian lagu Negaraku mahupun Indonesia Raya.

Ya itu lah yang berlaku pada Sabtu, 45 minit pertama tidak pernah satu pun jantung aku berada pada denyutan normal baik dari sisi serangan Malaysia atau Indonesia, terasa 'sakitnya tuh disini'.

Anak buah Datuk Ong Kim Swee dan barisan Luis Milla Aspas hebat mendera perasaan aku, perasaan 80 ribu penyokong yang membanjiri Stadium Shah Alam, penyokong yang menyaksikan dari kaca TV baik di Malaysia mahupun Indonesia, mereka berjaya !

Hingga pada satu saat, aku pujuk hati aku, jika malam ini bukan rezeki negara aku, tak apa lah mereka sudah buat yang terbaik, aku bermain psikologi pada diri aku sendiri sebenarnya.

Tapi minit 86, kelibat N. Thanabalan mengubah segalanya! Sehingga ke minit 86 anda membiarkan kami terdera, sorakan laungan dan jeritan segenap pelusok Stadium Shah Alam bergabung menandakan, Malaysia sudah pun mengatasi Indonesia menerusi jaringan milik anak jati Negeri Sembilan ini.

Kali pertama aku rasa Stadium Shah Alam begitu indah, ribuan penyokong negara yang membanjiri stadium, indah dengan kehadiran rumpun bangsa yang sama demi pasukan negara masing masing.

Jika aksi separuh akhir Thailand menentang Myanmar di Stadium Selayang mengulangi pentas final 2015, lagi hebat adrenalin yang merebak ke pembuluh setiap penyokong dalam aksi Malaysia menentang Indonesia mengulangi pentas akhir kejohanan yang sama pada 2011.

Hakikatnya aksi Malaysia-Indonesia tidak pernah gagal cetus nilai tersendiri.



Gambar kredit: MASOC

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.

 

Advertisement

Must Watch Video