Sebanyak empat wakil badminton negara yang turun beraksi dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) bermula Langkah kanan selepas mara ke pusingan kedua di Pusat Sukan Olimpik Ningbo, China, awal pagi tadi.
Gandingan beregu wanita muda, Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah terlebih dahulu mengesahkan tempat ke pusingan kedua selepas menewaskan wakil dari Macau, Ng Weng Chi-Pui Chi Wa, 21-11,21-10, dalam tempoh kurang daripada 30 minit.
Advertisement
Gandingan itu yang turut buat kali kedua sekali lagi menewaskan lawan dari Thailand, Phattarin Aiamvareesrisakul-Sarisan Janpeng, 21-9,21-13.
#BAC2026
XD | R32#MAS 🇲🇾 Chen Tang Jie-Toh Ee Wei 4️⃣ def. #JPN 🇯🇵 Haruki Kawabe-Kokona Ishikawa 21-10 21-19
⏱️36 min
On to the next round for our World No. 4 duo!#GemilangkanLagi#BadmintonMalaysia#DemiMalaysia pic.twitter.com/hTN28XHGRV— BAM (@BA_Malaysia) April 7, 2026
Kejayaan itu diikuti beregu campuran profesional negara, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien, yang menewaskan lawan di ranking ke-46 dunia, Ashith Surya-Amrutha-Pramuthesh, 21-16,21-15.
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, yang turun selaku pilihan keempat kejohanan itu menjadi gandingan ketiga melepasi pusingan pertama apabila menyingkirkan gandingan Jepun, Haruki Kawabe-Kokona Ishikawa 21-10, 21-19.
Seorang lagi wakil beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai, yang berada di ranking ke-11 dunia menewaskan wakil India, Rohan Kapoor-Ruthvika Shivani Gadde 21-13, 21-19.
#BAC2026
WD | Qualifying Round - Group D#MAS 🇲🇾 Low Zi Yu-Aqilah Ramdan def. #MAC 🇲🇴 Ng Weng Chi-Pui Chi Wa 21-11 21-10
⏱️ 24m#MAS 🇲🇾 Low Zi Yu-Aqilah Ramdan def. #THA 🇹🇭 Aiamvareesrisakul Phattharin-Jangpeng Sarisa with 21-9 21-13
⏱️ 33m
2 matches. 2 wins. Our young WD… pic.twitter.com/Ug6OHKTkqw— BAM (@BA_Malaysia) April 7, 2026