Zinedine Zidane menegaskan beliau tidak berminat untuk mendapatkan pemain baru ketika jendela perpindahan bulan ini serta bertanggungjawab di atas persembahan mengecewakan dalam saingan LaLiga.
Juara bertahan, Real, kini ketinggalan 16 mata di belakang pendahulu, Barcelona, selepas sekadar seri 2-2 dengan Celta Vigo.
Mempertahankan gelaran seakan-akan di luar jangkauan Real, yang kini dikaitkan dengan beberapa pemain seperti penjaga gol Athletic Bilbao, Kepa Arrizabalaga, Thibaut Courtois dan Eden Hazard (Chelsea), bintang Tottenham, Harry Kane, dan beberapa pemain lagi.
Bagaimanapun, Zidane mengganggap penambahan pemain di dalam skuadnya bukan jalan yang bakal diambil pada bulan ini.
"Buat masa ini, saya gembira dengan pemain-pemain yang berada dalam pasukan. Saya tidak berasakan menambah pemain dapat membantu kami," kata Zidane.
Gareth Bale meledak dua gol untuk menafikan gol pembukaan Daniel Wass tetapi kedua-dua pasukan berkongsi mata hasil tandukan Maxi Gomez lapan minit sebelum perlawanan tamat.
Ini merupakan keputusan seri ketiga berturut-turut buat Real dalam saingan LaLiga di tempat lawan dan meneruskan kemarau tanpa sebarang kemenangan kepada empat perlawanan.
"Saya telah mengenal pasti masalah yang di dalam sistem kami dan saya bertanggungjawab di atas persembahan Real. Kami akan terus berusaha memperbaiki permainan," katanya.