Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Zidane puji permulaan hebat Real Madrid

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

realmadrid-170817.jpg
Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane, memuji aksi hebat anak buahnya, terutama ketika babak pertama, untuk membolehkan mereka menjulang Piala Super Sepanyol.

Madrid menewaskan Barcelona 2-0 dalam aksi di Santiago Bernabeu dan mengesahkan kemenangan 5-1 secara agregat.

Dua gol, masing-masing satu daripada Marco Asensio dan Karim Benzema, menamatkan sisa-sisa perjuangan skuad kendalian Ernesto Valverde selepas tewas 3-1 dalam aksi pertama.

“Kami perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi permulaan musim kerana sedar ia pasti sukar tetapi kami tetapi gembira.

“Kami mempamerkan aksi hebat pada separuh masa pertama. Babak kedua pemain-pemain sedikit tertekan kerana Barca banyak melancarkan serangan,” kata Zidane.

Sejak memegang jawatan pengurus skuad Los Blancos pada 2016, Zidane telah meraih tujuh kejuaraan dan dalam masa sama, dia berbesar hati kerana memiliki kelompok pemain yang sangat bagus.

“Sukar untuk memilih pemain utama kerana kesemua mereka sangat hebat.

“Mereka bekerja keras, mempamerkan prestasi yang bagus apabila diberikan peluang beraksi,” tambahnya.
 

Advertisement

Must Watch Video