Skip to main content

Bola Sepak

Zidane perjelas isu rehatkan Ronaldo

antoinegriezmann_2.jpg
Zinedine Zidane menafikan Real Madrid terlalu bergantung kepada Cristiano Ronaldo selepas seri 1-1 dengan Atletico Madrid.

Ronaldo meneruskan aksi cemerlangnya pada 2018 dengan jaringan pada minit ke-53 di Santiago Bernabeu – golnya yang ke-40 dalam semua kejohanan musim ini.

Atletico gagal menunjukkan taring tetapi memberikan tindak balas selepas Antoine Griezmann menjaringkan gol penyamaan -- golnya yang ketiga berturut-turut dalam aksi 'derby' Madrid.

Zidane kemudian mengubah perancangan permainan dengan menggantikan Ronaldo dengan Karim Benzema.

Walaupun kapten pasukan, Sergio Ramos, dua kali berpeluang untuk meletakkan Real di depan pada masa kecederaan, Real gagal meraih gol kemenangan dan kekal di tangga ketiga -- empat mata di belakang Atletico dalam saingan LaLiga.

“Pertukaran itu hanya mahu merehatkan Ronaldo," kata Zidane.

"Kami memiliki banyak perlawanan, jadi Ronaldo perlu direhatkan.

"Cristiano adalah Cristiano, dia adalah pemain bola sepak sepanjang hidupnya, menjaringkan 50 gol dalam satu musim.

"Benar, tiada siapa yang mampu melakukan seperti dia. Tetapi pemain lain juga mampu menjaringkan gol.

“Saya gembira dengan perlawanan ini. Kami berpeluang untuk meraih kemenangan tetapi Atletico juga mampu menewaskan kami," katanya.

Advertisement

Must Watch Video