Sergio Ramos berasakan Zinedine Zidane merupakan jurulatih paling sempurna buat Real Madrid dan menyanjung tinggi falsafah unik pengendali dari Prrancis itu.
Zidane mula membimbing Madrid pada Januari 2016 selepas Madrid memecat Rafael Benitez sehingga membawa kejayaan Liga Juara-Juara dalam kempen sulungnya sebagai jurulatih.
Madrid yang memiliki kelebihan dua perlawanan berbanding pencabar yang lain sedang mendahului carta LaLiga dengan satu mata di atas Barcelona.
Sehubungan itu, Ramos mengambil kesempatan itu untuk memuji pengurusnya itu.
"Kehadiran Zizou sangat positif dan dia membawa banyak perubahan.
"Setiap jurulatih memiliki falsafah tersendiri, ideanya yang tersendiri serta pendekatannya dengan pemain sangat serasi," kata Ramos menjelang pertemuan dengan Napoli di peringkat 16 Liga Juara-Juara, pagi esok.
"Zizou adalah bekas pemain dan anda dapat lihat bukti pendekatan pengurusannya. Dia memiliki pandangan unik dan idea tersendiri.
"Dia sangat jelas mengenai jangkaannya terhadap kami. Kami memulakan musim ini dengan baik. Kami hampir memenangi liga dan kami berjuang sejak hari pertama ketibaannya sehingga penghujung musim. Kami telah mencapai sasaran utama, iaitu memenangi Liga Juara-Juara di mana ia cukup penting buat kami dan dalam masa yang sama sangat mencabar."
Menurut Ramos, pengalaman Zidane yang pernah beraksi di peringkat tinggi bersama Juventus, Madrid dan Perancis telah membantunya memahami mentaliti pemain-pemain.
"Dia mampu menterjemahkan sikap merendah diri dan bakatnya sebagai pemain untuk mengawal bilik persalinan apabila diperlukan sebagai jurulatih.
"Ini kualiti yang hebat. Dia memiliki kepastian ke atas pemain: dia memahami apa yang kami fikirkan. Bukan mudah untuk mengawal bilik persalinan seperti kami yang terdiri dari serata dunia, budaya dan gaya yang berbeza. Dia mampu mengimbangi semuanya dalam bilik persalinan.
"Kami sedar mengenainya dan anda dapat lihat hasilnya di atas padang.
"Kami gembira dengannya dan berbesar hati dia mengemudi kami dan mengetuai kapal ini. Kami berharap dapat terus menghasilkan keputusan-keputusan baik dan mencapai matlamat kami, semua itu akan menentukan seseorang jurulatih itu untuk kekal di sesebuah kelab."