Ketua jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail, yakin semangat juang tinggi ‘Gomo Kelate Gomo’ pemainnya yang tidak kesampaian akibat penundaan perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) minggu lalu, akan menjadi teras perjuangan menentang naib juara Liga Super musim lalu, Felda United, di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, malam ini.
“Alhamdulillah, biarpun sedikit kecewa dengan penundaan perlawanan bertemu JDT, 4 Februari lalu, pemain TRW tetap bersemangat dan kami akan bawa semangat itu ke Jengka.
“Misi utama kami ialah untuk mengutip mata dan ingin teruskan semangat kemenangan dalam aksi Liga Super selepas bermula cemerlang di gelanggang lawan dengan mengalahkan PKNS,” katanya.
Zahasmi juga menganggap skuad The Fighters antara pencabar utama kejuaraan musim ini dan mahukan anak buahnya memberikan tumpuan sepenuhnya dalam aksi yang dijangka menarik malam ini.
“Felda United sebuah pasukan yang berkualiti dan mempunyai himpunan pemain tempatan dan import yang hebat.
"Mereka juga sempurna dalam setiap posisi dan saya telah mengarahkan benteng pertahanan untuk menutup segala ruang yang ada supaya kami mampu mengawal perlawanan," tambahnya.
Zahasmi juga bercadang menggilirkan pemain berdasarkan prestasi semasa dan jadual perlawanan yang semakin padat.
“Mungkin kami akan menggilirkan pemain berdasarkan strategi yang dirancang untuk menghadapi sesebuah pasukan, dan jangan lupa kami akan menghadapi Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC dalam saingan kalah mati Piala FA, 14 Februari ini."