Persaingan bagi merebut dua kerusi timbalan presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak kurang hebatnya selepas empat calon menawarkan diri untuk merebut jawatan itu.
Timbalan Presiden, Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Datuk Wira Yusoff Mahadi, menjadi individu pertama mengesahkan penyertaan untuk persaingan jawatan itu.
"Dengan penerimaan TMJ (Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibarahim) sebagai calon presiden, saya juga rasa hari ini saya ingin juga menawarkan diri sebagai calon timbalan presiden," katanya.
"Ia kerana pada saya sebenarnya lebih untuk memastikan TMJ menjadi presiden atau bekerja dengan kawan-kawan yang lain untuk memastikan perubahan dilakukan terhadap kepimpinan FAM."
Sementara itu, dua calon lain kelihatan berada di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini, ialah Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA), Datuk Rozabil Abdul Rahman, dan Naib Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Subahan Kamal.
Kedua-duanya dipercayai hadir untuk mengesahkan penyertaan bagi merebut jawatan timbalan presiden dalam Kongres Pemilihan FAM Ke-53, 25 Mac depan.
Tetapi Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, enggan mengesahkan perkara berkenaan.
"Saya tidak boleh beritahu," katanya. "Sebenarnya, saya juga tidak boleh beritahu dua calon (presiden) itu tetapi saya tahu ia sangat penting untuk semua pihak.
"Bagaimanapun, perkara tersebut akan disahkan dalam Jawatankuasa Eksekutif FAM."
Difahamkan, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Datuk Seri Afandi Hamzah, melengkapkan senarai empat calon itu.
Tarikh tutup bagi penyerahan borang penerimaan pencalonan bagi jawatan presiden FAM dan jawatan lain persatuan itu ditetapkan pada jam 5.30 petang, hari ini.
Sementara itu, dua calon akhir bagi naib presiden adalah Datuk Astaman Abdul Aziz dan Datuk Rosmadi Ismail.