Jack Wilshere membuat kemunculan pertama semalam sejak pulih daripada insiden patah kaki apabila beraksi selama sejam untuk pasukan bawah 23 tahun (B-23) Arsenal.
Pemain berusia 25 tahun itu menderita kecederaan berkenaan ketika dipinjamkan ke Bournemouth musim lalu dan sempat memperagakan aksi selama 74 minit buat The Gunners yang bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk meraih kemenangan 3-2 ke atas Derby County B-23.
Ia juga menandakan hampir setahun untuk Wilshere kembali menyarung jersi Arsenal sejak kemenangan 3-1 ke atas Watford dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 27 Ogos tahun lalu.
Spekulasi mengenai masa depan pemain antarabangsa England itu terus bertiup di mana dia memasuki tahun akhir kontraknya di Stadium Emirates.
Minggu lalu, pengurus, Arsene Wenger, berkata perancangan Wilshere untuk musim baru ini masih belum diputuskan.
"Keputusan belum muktamad," katanya.
"Saya mahu dia mempunyai peluang beraksi di tempat lain juga. Kami akan menentukannya sedikit masa lagi.
"Sebagai langkah pertama, saya mahu dia kembali selepas patah kaki. Ini merupakan minggu pertama dia kembali menjalani latihan penuh dan kami akan duduk berbincang sebelum menentukan hala tujunya."