Arsenal yang dilaporkan memburu Jonny Evans mendapat lampu hijau daripada pengurus West Brom, Alan Pardew, yang berkata pemain Ireland Utara berkenaan boleh didapati dengan harga yang tepat.
Sebelum ini, Evans pernah dikaitkan dengan perpindahan dari The Hawthorns ke Manchester City dan baru-baru ini pula, nama Arsenal turut dikaitkan.
The Gunners muncul sebagai pilihan untuk menandatangani pertahanan itu berikutan City mengalihkan perhatian mereka kepada tonggak Athletic Bilbao, Lapid Aymeric.
Evans dilaporkan mempunyai klausa pelepasan bernilai £3 juta sekiranya Albion tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris (EPL), namun pemain berusia 30 tahun itu dibenarkan berhijrah sebelum itu.
"Jonny masih di sini dan kami tidak menerima bidaan yang memuaskan hati," kata Pardew dalam sidang media, semalam. "Oleh itu, dia masih menjadi pemain West Brom.
"Kami didekati beberapa pihak dan jawapannya adalah, 'kami tidak akan memberitahu anda'.
"Saya hanya mengesahkan apa yang sudah anda ketahui, Jonny Evans menjadi sasaran kelab lain, kami mungkin menjual jika kena dengan harganya.
"Itulah kesepakatan kami, segala-galanya adalah spekulasi yang baik," katanya.
Beberapa laporan mencadangkan Arsenal bersedia menawarkan Mathieu Debuchy demi memujuk The Baggies, namun Pardew segera menafikannya.
"Itu bukan tawaran yang kami minat dan ia bukan satu perjanjian yang ditawarkan kepada kami," katanya.
"Itu hanya cakap-cakap kosong. Sebenarnya, ia mungkin tidak adil. Seseorang telah mereka cerita itu dan ia tidak benar."
Evans dijangka beraksi dalam perlawanan pusingan keempat Piala FA menentang Liverpool hari ini, dengan syarat dia tidak berjangkit dengan masalah kesihatan yang melanda beberapa pemain West Brom.
"Beberapa pemain saya jatuh sakit," kata Pardew. "Kami perlu menilai sejauh mana tahap mereka.
"James McClean, Jay Rodriguez, Ben Foster, Ahmed Hegazi dan G-Mac Gareth McAuley serta beberapa pemain lagi dalam keraguan.
"Jonny akan beraksi jika dia tidak jatuh sakit sepanjang malam. Mudah-mudahan dia akan baik-baik saja."