Arsene Wenger meminta penyokong Arsenal untuk berdiri teguh bersama pasukan selepas mereka melakar satu lagi kejayaan di Wembley dengan menewaskan juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea, dalam saingan Perisai Komuniti, semalam.
The Gunners menafikan dua kejuaraan di pentas domestik buat skuad kendalian Antonio Conte dengan kemenangan 2-1 dalam final Piala FA, Mei lalu.
Chelsea sekali lagi dikecewakan oleh skuad bimbingan Wenger dalam saingan Perisai Komuniti apabila tewas menerusi penentuan sepakan penalti 4-1 selepas perlawanan berkesudahan seri 1-1 selepas tamat 90 minit perlawanan.
Victor Moses membuka jaringan pada awal babak kedua sebelum pemain gantian Arsenal, Sead Kolasinac, mengikat jaringan selepas Pedro dilayangkan kad merah kerana melakukan kekasaran ke atas Mohamed Elneny.
"Secara keseluruhan, Arsenal telah meneruskan momentum kemenangan daripada penghujung musim lalu," kata Wenger.
"Setiap perlawanan EPL adalah sengit. Anda perlu memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan.
"Sukar untuk membuat penyokong gembira dan saya berharap kemenangan ini membenarkan mereka untuk terus mempercayai kebolehan pasukan ini.
"Kami mungkin akan melalui tempoh yang sukar. Kami perlu bersatu sepanjang musim ini dan berharap mencipta kejayaan."