Skip to main content

Bola Sepak

Wenger nafi Evans makin hampir sertai Arsenal

080118jonny-evans.jpg
Arsene Wenger menafikan Arsenal semakin hampir membawa masuk muka baru ke Stadium Emirates selepas kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dilaporkan berminat mendapatkan khidmat pertahanan West Brom, Jonny Evans.

Evans, sasaran jangka masa panjang Arsenal, terus dikaitkan bakal meninggalkan West Brom, yang gagal mencipta sebarang kemenangan dalam saingan EPL sejak Ogos lalu.

Arsenal telah mempertingkatkan jentera pertahanannya bulan ini dengan mendapatkan khidmat Konstantinos Mavropanos dari PAS Giannina walaupun Wenger mencadangkan pemain berusia 20 tahun itu berkemungkinan dipinjamkan terlebih dahulu.

Wenger, yang terpaksa menerima hakikat pasukannya terkeluar daripada saingan Piala FA apabila Arsenal tewas 4-2 kepada Nottingham Forest, mendakwa Arsenal masih lagi jauh daripada mendapatkan khidmat Evans.

"Tidak, saya tidak memberikan sebarang berita mengenai perpindahan pemain kerana kami masih lagi belum bersetuju dengan mana-mana perbincangan," katanya.

"Kami mendapatkan khidmat Mavropanos yang dilihat beraksi dengan baik dalam sesi latihan.

"Adakah kami akan membuat sesuatu? Ya, kami akan melakukannya."

Advertisement

Must Watch Video