Skip to main content

Bola Sepak

Weigang berang dengan aksi anak buah

karl-heinz-weigang.jpg

Walaupun berjaya mengutip tiga mata apabila menewaskan Melaka United (MU) 3-2 dalam aksi Liga Super di Ipoh malam tadi, Karl-Heinz Weigang berang dengan aksi anak buahnya.

Kata pengendali Jerman ini, "Seluruh rakyat Perak tentulah gembira apabila mendapat keputusan ini, namun bukan saya.

"Nasib baik tiada penonton, kalau tidak pasti mereka pun turut terkejut dengan kualiti yang dipamerkan dan saya juga pasti mereka tidak gembira.

'Superstar' konon.  Pemain terbaik dari serata Malaysia?" sindir Weigang.

"Saya sentuh juga pemain import (Perak).  Macam mana mereka semua main bola?

"Kekadang saya terfikir sejenak adakah kelemahan saya membimbing mereka? ujar pengendali veteran ini.

Apa yang merisaukan lagi, ini adalah perlawanan ketiga.  Walaupun tidak pernah lagi tewas dalam saingan Liga Super, perjalanan masih jauh. Jika tiada perubahan, pasti membawa padah".

Advertisement

Must Watch Video