Skip to main content

Bola Sepak

Wan Mustaffa mahu UiTM layak ke Liga Super

wanmustaffa.jpg
Pengendali UiTM FC, Wan Mustaffa Wan Ismail, menerima cabaran yang dilontarkan pengurusan kelab itu untuk menduduki dua tempat teratas Liga Perdana musim ini bagi
meraih tempat ke Liga Super musim 2019.


Sasaran UiTM FC itu diumumkan sendiri presiden kelab, Datuk Abdullah Md Said, ketika majlis memperkenalkan pemain dan pelancaran jersi UiTM FC untuk musim 2018, semalam.

Bagi Wan Mustaffa, beliau menyahut cabaran pengurusan UiTM FC terhadapnya dan berasa ia bukan sesuatu yang mustahil buat pasukannya kecapi walaupun mengakui saingan Liga Perdana kali ini lebih mencabar.

"Banyak pasukan yang bakal bersaing mendapatkan tempat untuk layak ke Liga Super. Kami akan berusaha untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan," katanya.

Sementara itu, kapten pasukan, Muhammad Afif Asyraf, turut bersedia menyahut cabaran pihak pengurusan.

Bagi Afif, walaupun UiTM FC kehilangan beberapa tonggak musim ini, Wan Mustaffa tetap berjaya membentuk barisan seimbang yang mampu memberi cabaran kuat.

Kejayaan layak ke saingan Piala Malaysia musim lalu turut memberikannya keyakinan mengharungi saingan musim ini.

"Ia adalah satu cabaran yang perlu diambil setiap pemain. Di atas prestasi musim lalu, kami telah bermain dengan konsisten dan cuba melakukan yang terbaik kali ini," katanya.

Advertisement

Must Watch Video