Skip to main content

Bola Sepak

Wajib tubuhkan skuad B-17 untuk lesen AFC

yusoff-mahadi.jpg
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil langkah proaktif untuk terus memajukan bola sepak tanah air apabila akan memberi nafas baru kepada liga bawah 17 tahun (B-17), tahun ini bagi memastikan semua pasukan Liga Malaysia (Liga M) memenuhi kriteria syarat pelesenan kelab Konfederasi Bolasepak Asia (AFC). 

Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi, hari ini. 

"Kita mempunyai liga B-17 tetapi dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 

"Kami telah menghubungi KPM untuk mengadakan liga ini kerana ingin memastikan setiap pasukan wajib menubuhkan pasukan B-17 sebagai syarat memenuhi syarat pelesenan AFC pada musim depan," katanya. 

FAM turut mengumumkan penjenamaan Piala Belia yang kini dikenali sebagai Piala Tunku Ismail.

Sehubungan itu, Yusoff menjelaskan: "Piala Belia ini terdiri daripada pemain berumur 19 tahun, jadi tidak sesuailah nama belia itu dikekalkan. 

"Piala Belia ini sebenarnya berasal daripada Piala Razak. Ia menggunakan nama individu dan FAM berasakan tidak salahnya untuk dinamakan sempena presiden kita."





 

Advertisement

Must Watch Video