Jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada, mempertaruhkan tujuh pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kedah apabila membariskan 24 pemain untuk kem latihan pusat di Melaka dari 14 Ogos nanti sehingga aksi kelayakan Piala Asia berdepan Hong Kong, 5 September depan.
Vingada hanya mengekalkan 13 pemain daripada skuad yang berdepan Lubnan dalam aksi kelayakan pertama Piala Asia, 13 Jun lalu.
Baginya, skuad kali ini dipilih berlandaskan prestasi semasa pemain bersama pasukan masing-masing dalam kancah Liga Super.
Pengendali dari Portugal itu turut mengakui kini lebih mengenali pemain tempatan berbanding aksi kelayakan pertama.
"Pemain-pemain ini dipilih selepas saya menonton aksi mereka dan menilai keseimbangan pasukan.
"Saya berharap pemilihan pemain ini mampu membawa Malaysia ke tahap yang lebih baik berbanding ketika berdepan Lubnan," katanya.
Vingada turut memanggil dua muka baru dalam skuad kebangsaan, iaitu pemain tengah Pahang, Kiko Insa, dan juga penyerang PKNP FC, Shareel Fikri Md Fauzi.
Baginya, Insa mempunyai kelebihan fizikal tatkala Shareel wajar diberikan peluang meskipun hanya beraksi dalam Liga Perdana.
"Ia memberi isyarat bahawa kami sedia menyenaraikan pemain tanpa memandang latar belakang kancah yang mereka harungi, tidak kira sama ada mereka bermain dalam divisyen utama mahupun ketiga.
"N. Thanabalan, misalnya, hanya beraksi dalam divisyen ketiga bersama Felcra FC, namun mempamerkan aksi menarik dengan skuad bawah 22 tahun (B-22) negara.
"Persembahan mereka berlandaskan kualiti dan kemahuan mereka untuk beraksi.
"Saya mahu pemain-pemain mempunyai keinginan tinggi untuk mewakili pasukan kebangsaan."
Skuad negara akan diuji dalam tiga perlawanan persahabatan antarabangsa dengan cabaran daripada Syria menanti pada 22 Ogos manakala Macau pula tiga hari selepas itu.
Myanmar akan menjadi aksi pemanas badan terakhir sebelum anak buah Vingada berdepan Hong Kong.