PSG 1 BORDEAUX 0
Thomas Tuchel mengakui Paris Saint-Germain (PSG) mungkin kehilangan khidmat Marco Verratti dan Edinson Cavani menjelang kunjungan mereka ke Manchester United bagi saingan pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah, Selasa ini.
Cavani menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika PSG menewaskan Bordeaux dalam saingan Ligue 1 di Parc des Princes, awal pagi tadi, namun dia gagal untuk meneruskan perlawanan tidak lama selepas menjaringkan gol itu dengan dilaporkan mengalami kecederaan otot paha.
Penyerang kebangsaan Uruguay itu merupakan salah seorang daripada sebahagian kecil bintang PSG yang diturunkan dengan Tuchel merehatkan pemain utama seperti Leandro Paredes dan Kylian Mbappe untuk menghadapi United di Old Trafford.
PSG sudah kehilangan khidmat Neymar dalam perlawanan itu dan Tuchel kini terpaksa menerima bahawa Cavani turut akan diketepikan.
Ia memberikan kesukaran buat penyandang juara Ligue 1 itu menghadapi United yang memenangi 10 daripada 11 perlawanan dengan rekod tanpa kalah di bawah kendalian jurulatih sementara, Ole Gunnar Solskjaer.
"Kami bukan sahaja memerlukan pelan B.
"Tanpa Neymar, Marco dan mungkin tanpa Edi (Cavani), kami kini memerlukan pelan D," kata Tuchel.
"Saya tidak dapat memikirkan perancangan itu buat masa ini.
"Kami perlu mengkaji kekuatan Manchester United.
"Kami perlu kekal bertenang dan yakin.
"Seperti kebiasaan, pandangan saya adalah jelas: perlawanan menentang United sama seperti perlawanan menentang Liverpool dan Red Star Belgrade.
"Kami memerlukan pemain utama untuk meningkatkan keyakinan, pengalaman dan kualiti dengan mereka yang sudah biasa berdepan perlawanan seperti itu, sudah biasa dengan perlawanan-perlawanan besar dan sudah biasa menangani tekanan yang akan dihadapi.
"Namun, dengan ketiadaan beberapa pemain utama, tugas kami adalah untuk mencari jalan penyelesaian.
"Amat sukar untuk menanganinya dengan pemain bintang yang kami ada dan tanpa kehadiran mereka, ia akan bertambah sukar.
"Bagaimanapun, saya berasakan kami sudah bersedia untuk menghadapi perlawanan itu," katanya.
Verratti beraksi selama sejam dalam perlawanan awal pagi tadi selepas direhatkan selama tiga minggu ekoran kecederaan buku lali.
Tuchel mengakui dia mungkin terpaksa meletakkan risiko untuk menyenaraikan kembali pemain Itali itu ekoran siri kecederaan yang dialami pasukannya.
"Kami amat gembira kerana Marco dapat kembali beraksi.
"Dia dapat memberikan kualiti yang dimiliki seperti yang dapat dilihat hari ini.
"Selepas dia meninggalkan padang, ia memberikan lebih kesukaran buat kami untuk mengawal permainan.
"Kebiasaannya, amat sukar untuk kembali beraksi dengan segera selepas mengalami kecederaan seperti yang dilalui Marco.
"Ia merupakan perlawanan pertamanya sejak pulih daripada kecederaan.
"Dia dapat beraksi selama 60 minit tetapi saya tidak pasti sama ada dia dapat diturunkan ketika menentang United di Old Trafford.
"Berdasarkan situasi kami, dia mungkin terpaksa diturunkan.
"Kami perlu membuat keputusan segera selepas mendengar pendapat Marco.
"Namun, saya sudah tahu jawapan Marco, dia pasti mahu bermain.
"Kami perlu mendapatkan pengesahan doktor sama ada kemungkinan itu terjadi atau tidak," tambahnya.